1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
– Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam
hantu loceng – Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari
Surah An – Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .
3. Wangian – Siapa
sahaja wanita yang memakai wangi – wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan
tiap – tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata
orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah
dan Hibban.
4. Dada – Hendaklah
mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan
dada – dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah
melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –
Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan –
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani
dan Baihaqi.
9. Mata – Dan katakanlah
kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan
yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya
haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) –
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW,
Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang
lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari
Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan – Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat
31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan,
menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari
Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian –
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al
Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju
jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan
ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang
condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka
tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang,
ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
No comments:
Post a Comment