Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Mari Membaca!
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda
secara terbuka.
1.
Perempuan yang
bergelar muslimah memang tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang
kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak
dipakai oleh perempuan jalang.
2.
Perempuan yang
mengakui dirinya beragama islam memang tak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada
kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing
dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar
larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3.
Perempuan yang
mengakui dirinya ana muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai
kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.
Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara
kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai
wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda
junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti
pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm
pemakaian wangian tersebut.
4.
Perempuan yang
kuat pegangan islamnya memang tak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang
bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau
perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah
seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan
perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat
24-26 surah Ibrahim.
5.
Perempuan
muslimah tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki
atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6.
Perempuan yang
berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak guna tudung tiga
segi yang apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan
pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki
yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti
melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan
bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59
al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi
peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
7.
Perempuan yang
memahami etika dalam islam memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika
bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan
biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan
menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan
gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu.
Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan
keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna
ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara
sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah
perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap
yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.
"Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan
perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik
kpd seorang wanita melalui suaranya.
8.
Perempuan yang
menjaga maruah islam memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di
hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada
wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif
yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai
make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya
dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah
anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak
menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm
sahaja?
9.
Perempuan islam tak
guna kain tudung
yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan
akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian
yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota,
tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa
sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan
dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga
keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah
kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh
anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam
& muslimah yang B E R G U N A
وَمَنْ يُعَظِّمْ
شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
(Surah Al-Hajj 22: 32)
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
(Surah Al-Hajj 22: 32)
No comments:
Post a Comment