Ahlan Wasahlan~Selamat datang ke dalam blog saya yang tidak seberapa ini ^_^
Ana aasif.. ^_~

Tegur jika salah...
Nasihat andai khilaf...

Syukran Jazeelan...

Monday 19 August 2013

Sang Pencinta iLLahi



Ya akhi,
Aku berikan hak itu dalam tanganmu,
Memilih siapa bakal penyejuk jiwa mu,
Sungguh..aku mengerti,
Diri mu layak mendapat yang lebih baik dariku,
Bukan niat ku menolak,
Cuma diri ini sedar,
Engkau layak mendapat yang lebih baik.

Ya akhi,
Aku tidak secantik puteri balqis.
tidak sebaik saidatina khadijah,
jauh sekali setegar saidatina aisyah,
aku hanya seorang muslimah di akhir zaman,
yang cuba berjuang demi Allah,
mempertahankan sunnah Nabi Muhammad S.A.W,
mengikut segala suruhan Allah,
Cuba melawan nafsu dan godaan dunia.

Ya Akhi,
Lari lah ke hujung dunia,
Daki lah setinggi2 gunung,
Untuk kau cari,
Seorang wanita, muslimah sejati,
Penyejuk jiwa, penenang hati,
Doa ku agar kau temui,
Dia yang engkau impikan,
Mungkin kau cari seorang ustazah,
Mungkin kau ingin kan seorang hafizah,
Mungkin kau cari wanita sempurna ibadah,
BUKAN AKU,
Kerana aku baru merangkak dalam ilmu Allah,
Masih baru mengenali siapa Tuhanku,
Baru merasa nikmat dan indahnya Islam,
Yang pasti, bukan aku.
KERANA AKU BUKAN BIDADARI SYURGA
TAPI AKU CUBA MENJADI WANITA SOLEHAH.

Saturday 29 June 2013

Bila hidayah Mula menerpa tiada satu pun Halangan mampu menggoyahkan nya...




Assalammualaikum... ^_^

Alhamdulillah..disebabkan ramai yang bertanya pada ana...macam mana ana dapat hidayah..disini ana untai kan kisah ana...moga bermanfaat buat sahabat2...

Cerita nya begini..ingat isu penggunaan kalimah Allah pada tahun 2011 kalau tak silap ana…

sebelum timbul isu tu ana masih beragama kristian..tetap dan teguh dengan pegangan agama kristian...ana seorang sister junior kat gereja...mengajar kanak2 tentang bible dan doa2 harian kat gereja...setiap ahad tak pernah tinggal untuk pergi ke gereja..walau terpaksa redah hujan dan panas..namun...ana mulai goyah bila isu tu timbul...

bila timbul isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible...ana mula fikir... "salah ke kalau bible guna kalimah Allah" setahu ana, penggunaan kalimah tu dah lama..sejak dulu lagi...cuma sekarang baru timbul...ada pihak kata Islam tu benar..dan ada yang kata Kristian tu benar...ana mulai ragu..
Sebenar nya...ana tertipu dalam kebenaran kristian...Semasa ana mendalami bible..ana fahami Jesus(nabi Isa A.S) tak pernah mengatakan diri nya adalah tuhan..bah kan tiada satu ayat atau kata sekalipun yang mengatakan dia adalah Tuhan...ana menyangka kristian percaya bahawa Tuhan itu satu dan Jesus ada perantara untuk menyebarkan dakwah dan agama kristian itu sendiri..ana menyangka bahawa kristian dibawa oleh Jesus(Nabi Isa A.S) mana kala Islam dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dan Tuhan tetap satu...
namun rupa nya selama nie kristian percaya bahawa Jesus itu Tuhan..
ana mengetahui kebenaran tu pada malam kejadian..ana tak ingat tarikh nya...ana jumpa dalam satu blog...tentang perbandingan Al-Quran dan Bible..di situ ada tertulis tentang Jesus(Nabi Isa A.S)...ternyata lain sungguh kebenaran tentang Kelahiran,kehidupan Jesus(Nabi Isa A.S) dalam Al-Quran berbanding dengan bible...
ana tekad mencari lebih banyak lagi maklumat kerana ana ingin kan kebenaran...ana juga inginkan syurga..itu yg ana fikir waktu tu...

akhir sekali..ana jumpa lagi satu blog yg membuatkan ana menjatuhkan airmata dan bertekad untuk masuk Islam..
dalam blog ada menyatakan bahawa "kristian itu percaya Jesus adalah Tuhan"..
ana bangkang penyataan tersebut..cakap sorg2 depan laptop "tak..Jesus bukan Tuhan..Tuhan hanya satu..Jesus bukan Tuhan....bible pon tak cakap macam tu..."ana memang percaya dari kecil lagi Tuhan hanya satu cuma ana tak kenal sapa Tuhan..
ana skroll hingga bawah....blog tu tulis lagi...
....blog tu arahkan supaya buka buku 'sembiang mass' (buku doa dalam bahasa iban untuk digunakan dalam gereja setiap ahad) muka surat nya ana tak ingat...

blog tu tulis bahawa pada muka surat tu ada tertulis "Tuhan Jesus"...ana tak puas hati..ana terus capai kat rak dan terus buka...bila ana buka...ana menangis..airmata ana mengalir....tak sangka buku yang ana baca setiap pagi kat gereja ada tertulis bahawa Jesus tu Tuhan..ana buta hati dan buta mata selama nie hingga ana tak menyedari....sedangkan buku tu ana baca tiap2 minggu di gereja...malam tu ana mengetahui kebenaran dan ana menangis semahu nya kerana ana rasa bersalah sangat kerana telah 'menduakan' Tuhan..walaupun ana waktu itu belum mengenali siapa tuhan sebenarnya..(Allah SWT)

itu bagaimana ana mendapat hidayah...  dan perasaan ana untuk memeluk islam makin kuat bila ditambah dengan mimpi2 yang datang dan timbul perasaan rindu untuk solat bila dengar Azan..


Ana juga pernah didatangi beberapa mimpi…mimpi yang paling ana tak dapat lupa kan di mana…ana pada ketika itu sedang sakit..hanya mampu terbaring lumpuh tak berdaya..dan dalam mimpi tu ana niat..jika ana mati…ana nak ucap dua kalimah syahadah…dan tiba2 ana nampak kelibat seorang lelaki..lelaki tersebut pakai jubbah putih dan berkopiah..lelaki itu menghampiri ana..

ana takut sangat ketika itu..tiba2 lelaki tu berhenti..dia menyeru sambil mengangkat tangan kiri nya… “wahai para malaikat..jangan kau ambil nyawa manusia ini hingga dia ucap dua kalimah syahadah”… mendengar suara lelaki tersebut membuat kan ana takut..suara nya nyaring dan bergema…ana cuba melihat wajah nya namun ana tak Nampak dengan jelas…lelaki tersebut terus menghampiri ana dan duduk bersila di tepi ana yang tengah terbaring… “ikut saya…Asyhadu allailaha illallah..wa asyhadu anna muhammadar rasulullah…Aku mengaku tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah..” lelaki tersebut mengajar ana bagaimana nak ucap dua kalimah syahadah..ana ikut dengan baik apa yang lelaki itu sebut..setelah ana selesai mengucap dua kalimah syahadah..tiba2 ana dapat bangun dan sembuh..ana terus bangkit duduk…dan ana toleh kembali ke tepi sebelah kanan ana..tapi lelaki tersebut telah hilang…itu lah mimpi yang ana tak dapat lupakan..dan banyak lagi mimpi lain yang ana alami…Cuma di sini ana mampu ceritakan salah satu nya..


Wednesday 27 February 2013

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT.





Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur
orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu 
keimanan " "mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati.

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua" "anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa " dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin
maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah mati. " Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
Surah Al-Baqarah : 237

Tuesday 26 February 2013

Aurat Satu Kesedaran




Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati.

Friday 22 February 2013

AWAS ! 13 Wanita Aurat Perlu Dijaga ...


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki (atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An – Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi – wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap – tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada – dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

9 Jenis Syaitan




Perhatikan Yang No 7 Tu Berilah Salam Sebelum Masuk Ke Rumah...
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang
yang tidak perlu.
Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat
dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada
di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).
Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour
etc.
Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

JauhKan Lah Kita Jadi Anak Derhaka Seperti Ini



Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa... Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak fahamlah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampong tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. " Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja !" si gadis berkata. " Tak ada ," jawab ibunya. " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh... sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu. " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. " Ayah... kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai- ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya... kenapa jadi macam ni ayah?" kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. " Emak... ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah ibunya. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai- ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan. " Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak- sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya. " Pssstt... Raie... Raie.. Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak... lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan. " Sudahlah tu Saida... makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan dibalas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..." Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. Allah Maha Agung... sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Nilai Tudung Seorang Wanita

Bila Aurat Terjaga,InsyaAllah Akhlak pun turut terjaga

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini saya dapat dari kawan utk dikongsi bersama...

Di sini ingin ana menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi semua muslimat. Namun, ini tidak bermakna muslimin
boleh mengambilnya sebagai perkara enteng kerana muslimin juga mempunyai peranan penting dalam memastikan dan mendidik muslimat agar sama-sama berada
di dalam keredhaan Allah S.W.T.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh
badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.
Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita
saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.
Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan
sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai
fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.
Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan
fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.



Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.
Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan
muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya,
ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan
manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada
orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan
bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.


Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,
perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan.
Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri
dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka
dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas
lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh
masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi
orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain.
jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak
yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila
individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang
agama melalui pakaian.

Thursday 21 February 2013

DAKWAH? KE MANA?



        Dakwah adalah ajakan seorang Muslim kepada orang lain, baik sesama Muslim mahupun bukan Muslim, untuk mengikuti perintah-perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-larangan-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Q.S. An-Nahl: 125)
Dakwah adalah sesuatu yang melekat pada diri seorang Muslim sehingga tidak ada alasan sedikit pun bagi seseorang untuk tidak melaksanakannya atau menghindari dari tugas-tugas tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
“ Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” (H.R Bukhari).
Dakwah dapat dilakukan dengan lisan, tulisan, perbuatan, atau contoh keteladanan. Dakwah juga dapat dilakukan secara sendiri-sendiri atau berkelompok, melalui organisasi sosial, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi negara. Dakwah dapat disasarkan kepada ahli keluarga sendiri, jiran setempat, rakan di pejabat, masyarakat setempat, di luar negeri, dan yang terpenting terhadap diri sendiri. Demikian luasnya erti komitmen kepada dakwah, sehinggakan Rasulullah SAW merumuskan keperluan Islam dari aspek ini sebagaimana sabda baginda saw.,
“Agama adalah nasihat.” Ibnu Aus dan para sahabat bertanya, “ Bagi siapa ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW, “ Bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, bagi para pemuka muslimin serta rakyat mereka.”  (H.R Muslim).

Ke mana halatuju dakwah?

                Allah-lah tujuan kita. Tidak ada suatu arah yang kita tuju kecuali kepada Allah. Kita beriman kepadaNya. Kita beribadah kepadaNya dengan sepenuh hati. Kita mencari keredhaanNya dalam setiap usaha kita dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya, dengan penuh ketulusan dan keikhlasan yang sempurna, serta benar-benar yakin bahawa di situlah terletaknya kebahagiaan yang sejati, hidayah yang hakiki dan kejayaan yang sebenar.

"Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu " AzZaariyat: 50

Apabila menyampaikan seruan dakwah dan peringatan, kita wajiblah mengemukakan kesyumulannya dengan selengkapnya, dengan seutuhnya dan dengan segala kesempurnaannya yang sempurna dan menyempurnakan tanpa memisahkan sebahagian dari keseluruhannya atau memansuhkan sebahagian daripadanya kerana sesungguhnya Islam itu adalah penutup segala agama. Satu agama yang istimewa, syumul, lengkap, sempurna menyempurnakan yang meliputi setiap kegiatan dan bidang kehidupan manusia duniawi dan ukhrawi di dalam keselarasan dan keharmonian yang ajaib dan unik. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana ia adalah ciptaan Al-Khaliq (Pencipta) Yang Maha Mengetahui (Al-Khabir) serta Maha Pengasih dan Penyayang kepada makhluk dan hamba-hambaNya. Islamlah yang merealisasikan kesejahteraan dan ketenteraman di dalam jiwa manusia selagi mereka beriman kepada Allah dan mengesakanNya. Islam memberikan kepada mereka keselamatan dan keamanan serta kehidupan yang baik di dunia dengan syarat mereka mematuhi segala ajaran dan syariatNya. Seterusnya, Allah memberikan kebahagiaan dan keselamatan di akhirat kelak.

Fahamilah kita semua akan firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah sepenuhnya kepada Allah)!" (Al Fussilat:33)

Ayat di atas dibuka dengan pernyataan: waman ahsanu qawlan. Ustaz Sayyid Quthub ketika mentafsirkan ayat ini berkata: “Kalimat-kalimat dakwah yang diucapkan oleh para pendakwah adalah kalimat paling baik, ia berada pada barisan pertama di antara kalimat-kalimat yang baik yang mendaki ke langit.” (lihat fii dzilaalil qur’an, oleh Sayyid Quthub, vol.5, h. 3121). 
Kata waman ahsanu Allah ulang di beberapa tempat dalam Al-Qur’an untuk menegaskan tingginya kualiti dalam beberapa hal:
Pada surat An-Nisa ayat 125 Allah berfirman yang bermaksud:
 
“Siapakah yang lebih bagus agamanya dari pada orang yang menyerahkan diri kepada Allah.”
Dalam Al Maidah ayat 50:
“Siapa yang lebih bagus ajarannya dari pada ajaran Allah”.
Dan pada ayat Al Fussilat:33:
“Siapakah yang lebih bagus perkataannya dari pada perkataan orang yang menyeru di jalan Allah?”

Jika kita perhatikan semua ayat-ayat tersebut secara teilit, ternyata tugas dakwah sangat muliakan oleh Allah.
Adalah suatu keperluan bagi seorang penyeru agama Allah, menyerahkan hidupnya kepada Allah swt. Ia tidak kenal lelah menjalani tugas-tugas dakwah. Malahan ia juga tidak mengharapkan keuntungan duniawi, kecuali hanyalah mencari redhaNya. Dalam Surat Yasiin ayat 21 Allah berfirman:
“Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Ayat berikutnya dalam surah Al Fussilat:33, menegaskan pentingnya amal soleh: wa amila shaalihaa. Mengapa? Apa hubungannya dengan dakwah?
Fahamilah oleh kita bahawa janganlah kita hanya sekadar bijak berkata-kata, manis berbicara dan lunak ucapannya, sementara perbuatannya jauh atau bahkan bertentangan dengan apa yang disampaikannya. Benar, bahawa perkataan dakwah adalah paling baiknya perkataan, tetapi itu kalau diikuti dengan amal soleh. Jika tidak, maka perkataan itu akan menjadi petaka yang akan menyerang pendakwah itu sendiri. Dalam Ash Shaf ayat 3 Allah berfirman:
“Amat besar kebencian Allah, bila kamu hanya mengatakan tanpa mengerjakannya.”

Perhatikan sirah Rasulullah saw., baginda tidak hanya berbicara, melainkan lebih dari itu seluruh perbuatannya merupakan contoh amal soleh. Allah swt. merakamkan pengiktirafan yang luar biasa dalam surat Al-Qalam ayat 4:
“Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Imam Ibn Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyebutkan riwayat dari Aisyah ra.: Bahawa akhlak Rasulullah saw. adalah Al-Qur’an (lihat Tafsir Ibn Katsir, vol.4, h.629).
Di antara ciri utama berdakwah kepada Allah, tidak saja mengamalkan ajaranNya dan menjauhi segala yang dilarang; melainkan lebih dari itu menampilkan diri sebagai seorang Muslim di manapun ia berada, Allah berfirman pada ayat berikutnya: wa qaala innanii minal muslimiin. 

                          Dengan kata lain tidak cukup seorang mengamalkan Islam hanya dengan solat, membayar zakat dan mengerjakan haji, sementara dalam hidup sehari-harinya tidak mencerminkan Islam, misalnya ia tidak merasa berdosa dengan mempertontonkan auratnya di mana-mana, membuang masa menonton filem-filem yang tidak memberi manfaat, melakukan perkara-perkara kemaksiatan, kezaliman, rasuah, judi, mengadu-domba, menyintai hiburan yang sia-sia, dan pelbagai lagi.
Seorang pendakwah sejati selalu bangga dengan identitinya sebagai seorang Muslim. Ia tidak takut menampilkan Islam sebagai peribadinya. Benar, krisis umat Islam di mana-mana kini adalah krisis keberanian untuk menampilkan wajah Islam yang sebenarnya. Islam mengajarkan kedisiplinan, kebersihan, dan akhlak mulia, tetapi umat Islam di mana-mana sering bersikap sebaliknya sehinggakan golongan bukan Muslim tidak dapat melihat keindahan dan kewibawaan Islam pada penganutnya. Islam mengajarkan kejujuran, dan ketegasan dalam menegakkan hukum, amanah dan benar dalam menjalankan tugas, tetapi penipuan dan korupsi merebak di tengah masyarakat yang majoritinya umat Islam.

                            Mengajak masyarakat untuk melaksanakan ajaran-ajaran Islam, menyuruh mereka berbuat baik dan melarang mereka berbuat yang tidak baik adalah kewajiban dalam agama Islam. Maka kita sebagai penyeru kepada Islam seharusnya tegas membawa tugas ini dan memikulnya dengan segala kesungguhan, mengerahkan tenaga, serta waktu dan pemikiran kita. Dan inilah tugas utama bagi kita sebagai pendakwah.
SETIAP KARYA DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK :: WARKAH SEKEPING HATI