Ahlan Wasahlan~Selamat datang ke dalam blog saya yang tidak seberapa ini ^_^
Ana aasif.. ^_~

Tegur jika salah...
Nasihat andai khilaf...

Syukran Jazeelan...

Thursday 17 May 2012

Wanita,Aurat & Tabarruj


Firman Allah S.W.T : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al Ahzab : 59]

Mengapa manusia perlu menutup aurat? Dan mengapa urusan berpakaian ini tidak diserahkan kepada manusia? Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah pencipta kita, Dia lebih mengetahui perihal hambaNya lebih daripada hambaNya mengenali dirinya sendiri. Jika urusan pakaian ini diserahkan kepada manusia, nescaya ia boleh membawa kepada kerosakan. Kita lihatlah sendiri, sedangkan hukum pun telah ditetapkan, ramai wanita yang hampir sahaja bertelanjang di luar sana, apatah lagi jika hukum ini diserahkan kepada manusia. Setiap insan, baik lelaki mahupun wanita, perlulah berpegang teguh dengan pakaian syar’ie iaitu cara penutupan aurat yang telah ditetapkan oleh Allah. Tidak semestinya perihal berpakaian ini termasuk urusan keduniaan, maka kita sewenang-wenangnya boleh melanggar perintah ini. Seperti yang kita sedia maklum, Islam merupakan agama yang meliputi urusan akhirat dan dunia. Oleh itu, ketaatan merupakan suatu kewajipan bagi kita terhadap kedua-dua jenis urusan ini, baik ukhrawi mahupun duniawi.


1. BULU KENING -- " Rasullulah S.A.W melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." [Hadith Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.] 

2. KAKI (Tumit kaki) -- Firman Allah S.W.T : " Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.)" [Surah An-Nur:31]. 

3. WANGIAN -- " Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." [Hadith Riwayat Nasaii,Ibn Khuzaimah dan Hibban.] 

4. DADA -- Seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya melepasi dada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman; 

Firman Allah S.W.T : " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga melepasi dada mereka. " [Surah An-Nur : 31]


5. GIGI -- " Rasulullah S.A.W melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya berdasarkan hadith Sabda Baginda S.A.W : "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.] 

6. MUKA DAN LEHER -- Firman Allah S.W.T : "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." 

7. MUKA DAN TANGAN -- Aisyah r.h meriwayatkan, bahawa saudaranya Asma Bt. Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Kemudian baginda S.A.W berpaling dan mengatakan, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." [Hadith Riwayat Muslim dan Bukhari] 

8. TANGAN -- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". [Hadith Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.]

9. MATA -- Firman Allah S.W.T : " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." [Surah An Nur : 31] 

Sabda Rasulullah SAW : “ Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." [Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.]

10. MULUT (SUARA) -- Firman Allah S.W.T : "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." [Surah Al Ahzab: 32] 

Sabda Rasulullah S.A.W : "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." [Hadith Riwayat Ibn Majah.]

11. KEMALUAN -- Firman Allah S.W.T : “ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " [Surah An Nur : 31] 

Sabda Rasulullah S.A.W : "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." [Hadith Riwayat Al Bazzar] 

Sabda Rasulullah S.A.W : " Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." [Hadith Riwayat Tirmidzi,Abu Daud dan Ibn Majah] 

12. PAKAIAN -- Tabarruj bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang. 

Firman Allah S.W.T : “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu ber-tabarruj seperti orang-orang jahiliyyah pertama.” [Surah Al Ahzab : 33]

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan (tabarruj), maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." [Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah] 

Firman Allah S.W.T : "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat (Wanita yang berpakaian nipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.) Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.] 


Firman Allah S.W.T : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al Ahzab : 59]

13. RAMBUT -- Rasulullah S.A.W bersabda : " Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Maksud ungkapan Nabi Muhammad S.A.W. ,, "berpakaian tetapi telanjang........"

  • sebahagian tubuhnya tertutup,tetapi bahagian tubuh yang lain terbuka
  • pakaian yang dipakai sangat tipis, sehingga tubuhnya tetap terlihat
  • pakaian yang dipakai sangat ketat sehingga setiap lekuk tubuhnya tergambar jelas
Maksud Sabda Nabi Muhammad S.A.W. ,, "kepala mereka(sanggul) seperti punggung unta yang miring..."

  • wanita yang sanggulnya menyerupai bonggol unta
  • seringkali terlihat ada wanita bertudung tapi sanggulnya tinggi seperti bonggol unta hingga terlihat bentuk sanggul dari luar tudung

Seperti yang kita lihat,ramai wanita muslimah juga sering tersalah tafsir apabila memakai pakaian.Antara salah satu nya ialah seluar panjang.Bukankah Rasulullah s.a.w melarang wanita menyerupai lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Aurat wanita agak rumit dan berubah mengikut situasi : 

- Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut. 

- Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. 

- Dihadapan mahram (saudara lelaki rapat),seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. 

- Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam. wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. 

- Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.


p/s :: sangat dialu-alukan jika ada yang ingin menegur kesilapan yang tercatat tanpa disedari.Terima kasih ^_^

No comments:

Post a Comment

SETIAP KARYA DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK :: WARKAH SEKEPING HATI