Ahlan Wasahlan~Selamat datang ke dalam blog saya yang tidak seberapa ini ^_^
Ana aasif.. ^_~

Tegur jika salah...
Nasihat andai khilaf...

Syukran Jazeelan...

Monday 21 May 2012

Hikmah Kesengsaraan Seorang Ibu


Semasa kerajaan Bani Umaiyah berkuasa di bawah pemerintahan Khalifah Mu'awiyah bin Abu Sufyan, terdapat seorang janda daripada keturunan Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam. Dia mempunyai tiga orang anak perempuan yang masih kecil dalam kedaaan hidupnya sangat dhaif dan menyedihkan.

Pada suatu hari anak-anaknya menangis tidak berhenti-henti, kerana tidak tahan lagi menanggung kelaparan. Sudah puas ibunya memujuk menyuruh bersabar namun anak-anak itu terus menangis dengan kuatnya.

"Tunggulah sampai besok nak, nanti ibu akan pergi ke pejabat kadi bertemu tuan hakim meminta sesuatu daripada harta Baitulmal' mudah-mudahan dia menghulurkan sedikit bantuan untuk kita. " Ujar ibu itu berjanji mengharapkan anak-anaknya akan diam.

Maka pada keesokan harinya, pagi-pagi lagi ibu tadi beserta anak-anak itu datang ke pejabat tuan hakim. Setelah agak lama menunggu, barulah tuan hakim datang. Melihat ibu dan anak-anak kecil berada di hadapan pejabatnya, tuan hakim bertanya :

"Ada apa kamu sekalian menunggu di sini ?"

"Tuan Hakim ! Kami sudah lama tidak menjamah makanan. Saya sendiri boleh tahan, tapi anak-anak kecil ini tidak sanggup menahan lapar, jadi kami datanglah ke mari moga-moga Tuan dapat memberikan sedikit sedekah kepada kami." Kata ibu tadi mengharap belas kasihan daripada tuan hakim itu.

"Baiklah, hari ini kembalilah dulu ! Besok aku akan berikan kamu sesuatu," tegasnya.
Wajah ibu itu ceria sedikit bila mengetahui bantuan yang diharap-harapkan itu akan diterimanya esok. Tapi bila memikirkan keadaan anak-anaknya yang sedang kelaparan itu maka timbul di hatinya untuk merayu kepada tuan hakim itu supaya bantuan itu diberikan pada hari itu juga.

"Tuan Hakim ! Terima kasih banyak di atas pertimbangan Tuan yang baik itu, tapi alangkah baiknya kalau bantuan itu diberikan sekarang ini juga kerana anak-anakku sedang kelaparan." Ibu itu merayu.

"Sudahlah, bukankah aku sudah katakan besok saja, aku baru saja datang, takkan hendak menyelesaikan urusan kamu dahulu. "Sergah tuan hakim sambil minta si ibu itu keluar dari biliknya.

Ibu itu menarik tangan anaknya untuk pulang, namun anak yang tidak mengerti itu lebih kuat lagi tangisannya kerana dillihatnya tidak ada sesuatu yang diberikan oleh tuan hakim itu.

Tuan hakim tak bagi kita apa-apa ibu? "Tanya anaknya yang agak besar itu."

"Tuan hakim sibuk hari ini nak, besok dia akan berikan sesuatu kepada kita." Pujuk si ibu.

Pada malam itu dia terpaksa mencari jalan untuk mententeramkan anak-anaknya agar tidak terus menangis dan meyakinkan bahawa mereka pasti dapat bantuan daripada harta Baitulmal pada keesokan harinya. Namun anak-anak yang belum faham itu terus bertanya kenapa mesti kena tunggu besok kalau tuan hakim betul-betul mahu bantu. Bagaimanapun akhirnya mereka semua tertidur di dalam keadaan perut yang kosong.

Pada keesokan paginya , ibu itu pergi seorang diri ke pejabat tuan hakim sementara anak-anaknya ditinggalkannya di rumah.

"Assalamualaikum Tuan Hakim, " ibu itu memulakan bicaranya.

"Ah, pagi-pagi buta begini engkau sudah sampai ke mari, ada apa ? "Bentak tuan hakim pura-pura bertanya.

Bukankah Tuan Hakim suruh saya datang hari ini kerana bantuan yang Tuan janjikan iru ? Kata ibu itu.

"Bantuan yang aku janjikan ? Eh... aku tak pernah berjanji kepada sesiapa pun." Kata tuan hakim dengan nada sombong.

"Bukankah saya yang datang kelmarin dengan anak-anak dan Tuan hakim menyuruh...."

Belum sempat ibu itu menghabiskan bicaranya untuk mengingatkan tuan hakim tentang janjinya, tiba-tiba tuan hakim dengan nada keras dan suaranya yang tinggi memerintah pengawalnya.

"Hei pengawal ! Halau perempuan ini dari sini."

"Wahai Tuan hakim! kenapakah tuan bersikap zalim begini ?" Kata ibu dengan marah.

"Ah.... pergi saja dari sini, jangan bising-bising, buang masa saja." Perintah Tuan hakim.

Dengan penuh perasaan malu, ibu itu keluar dari pejabat tuan hakim sambil menahan tangisannya. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya rendah dan hina seperti seorang pengemis yang sudah tidak punya pendirian lagi. Dia tahu dirinya dari keturunan mulia, dari anak cucu Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam yang mesti menjaga harga diri.

Ibu itu cepat-cepat meninggalkan tempat itu dengan fikirannya yang berkecemuk memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya.

"Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu di rumah ? Aku katakan tuan hakim itu telah memungkiri janjinya ? Manalah anak-anak kecil itu tahu alasan-alasan seperti itu. " Bisik ibu itu di dalam hatinya.

Dia kemudian memesongkan kakinya ke haluan jalan di mana terdapat sederetan rumah-rumah buruk yang sudah tidak berpenghuni lagi dan duduk di salah satu anak tangga di situ. Dia terus menangis sekuat-kuat hatinya sambil mengeluh : "Wahai Tuhanku! Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu? Aku tidak sanggup lagi melihat mereka menangis kerana kelaparan. Aku tidak dapat menipu mereka lagi dengan alasan-alasan yang tidak benar ! Tuhanku ! Berilah aku jalan keluar daripada kesempitan ini! Aku sendiri pun sudah tidak larat lagi menanggungnya, apatah lagi anak-anakku yang kecil yang belum tahu apa-apa pun!" Ibu itu mengadu kepada Allah.

Ibu itu terus menangis dan merintih mengenangkan kesempitan hidupnya yang selalu sangat di dalam kelaparan dan dipandang hina oleh masyarakat setempat.

Sedang dia menangis tiba-tiba lalu dihadapannya dua orang pemuda yang kebetulan tadi
sempat mendengar keluhan dan tangisannya, lalu menegur.

"Wahai ibu, jangan takut.... kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya pemuda itu.

"Wahai orang muda, kamu siapa ? Dan kenapa kamu datang ke sini ? "Ujar ibu itu pula sambil mengesatkan airmata dengan tangannya.

"Nama saya Saiduq, berbangsa Nasrani dan beragama Masihi. Semua orang kenal saya di sini, dan ini pengawal saya. "Kata pemuda itu sambil menunjukkan pengawalnya.

"Saiduq, saudagar Nasrani yang kaya raya itu ke ? "Tanya ibu itu yang pernah mendengar cerita tentang kekayaan Saiduq sebelum ini.

Kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya Saiduq tanpa menghiraukan pertanyaan ibu itu.
Tak ada apa-apa. "Jawab ibu itu cuba menyembunyikan.

"Tak ada apa-apa takkan menangis ? Cuba ceritakan ! "Desak Saiduq lagi.

Setelah didesak berkali-kali akhirnya ibu itu pun menceritakan nasibnya yang malang itu dan bagaimana dia hidup menderita kesusahan menanggung tiga orang anaknya yang masih kecil.

Diceritakan juga apa yang berlaku di antaranya dengan tuan hakim yang sombong itu.
"Saya faham, ibu jangan menangis lagi ! "kata Saiduq.

Kemudian Saiduq menyuruh perempuan itu kembali dulu ke rumah dan menunggu bantuan yang akan dikirimkan kepadanya lalu memanggil pengawalnya dan berkata :

"Pengawal ! Berikan perempuan itu seribu dinar (nilai yang sangat tinggi waktu itu). Kemudian belikan dia dan anak-anaknya pakaian dan segala keperluan rumahnya sekarang juga! "Perintah Saiduq.

Ibu itu terkejut melihat seorang Nasrani yang begitu murah hati terhadap orang yang susah dan menderita sepertinya. Dia tidak dapat mengatakan betapa terima kasihnya terhadap orang yang bertimbang rasa itu. Meskipun dia bukan seorang muslim, namun dia tetap seorang manusia yang mempunyai perasaan terhadap insan yang lain.

Orang suruhan Saiduq itu segera pergi ke pasar untuk membeli makanan, buah-buahan dan segala keperluan dapur yang diperlukan oleh sebuah rumah, di samping pakaian untuk ibu dan anak-anaknya. Kesemuanya disampaikannya pada hari itu juga.

Anak-anaknya bergembira melihat barang-barang yang belum pernah dilihatnya seumur hidup. Ibu itu juga turut gembira, dan mulai hari itu dia tidak menangis lagi. Dalam tangannya sudah ada serbu dinar yang cukup untuk menjamin hidupnya dua atau tiga tahun lagi.

"Sampaikan salam ku kepada Saiduq serta ucapan terima kasih banyak kepadanya", kata ibu itu kepada pengawal tersebut.

Kemudian ibu itu pun berdoa kepada Allah: "Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Berikanlah si Saiduq itu taufiq dan hidayat untuk memeluk Islam, dan berikanlah dia daripada kenikmatanMu di syurga!"

Sementara itu pada suatu malam tuan hakim yang sombong itu telah bermimpi melihat seolah-olah dia sedang berada di Hari Kiamat. Manusia terlalu sibuk waktu itu, masing-masing mencari perlindungan mengikut amalan di dunia. Tuan hakim dibawa malaikat menuju ke syurga. Kemudian di dalam syurga itu dia dibawa masuk ke dalam sebuah gedung besar yang tinggi, indah permai penuh dengan ukiran mas merah, tingkapnya daripada mutiara putih yang berkilau-kilauan. Di suatu tingkap di situ berdiri sekumpulan bidadari yang bercahaya lebih terang daripada cahaya matahari, dan lebih menarik dan cantik daripada cahaya bulan.

Apabila tuan hakim tiba disitu, semua bidadari itu bertempik di mukanya: "Orang yang tidak tahu diuntung ! Orang yang dalam kerugian ! Dulu kami semua adalah kepunyaanmu, dan gedung ini pula adalah milikmu. Tetapi sekarang sudah bertukar, alangkah malangnya nasibmu. Semuanya ini, termasuk kami bidadari akan menjadi hak milik Saiduq, seorang berbangsa Nasrani itu. Sekarang pergi dari sini, kami bukan hak milik kamu lagi. Tempat yang layak bagi kamu adalah neraka." Kata suara tempikan yang sangat dahsyat.

Kemudian tuan hakim itu dibawa pula ke dalam neraka, dan ditunjukkan tempatnya di situ. Pada saat itulah tuan hakim itu tersedar daripada mimpinya. Dia terperanjat dan merasa takut sekali. Dia tidak dapat tidur pada malam itu sampai ke pagi memikirkan mimpinya yang menakutkan itu.

Pada keesokan paginya, tuan hakim bergegas ke rumah Saiduq. Saiduq berbangga kerana tuan hakim datang ke rumahnya.

Tuan Hakim masuk ke dalam rumahnya lalu bertanya: "Ada apa-apa tak kebaikan yang kau lakukan semalam? "Tanya tuan hakim.

"Saya memang suka membuat kebaikan," jawabnya. Kebaikan yang macam mana?
Tanya Saiduq kembali.

"Kebaikan apa saja, cuba terangkan!"

"Malam tadi saya menjamu kawan-kawan minum arak, dan saya minum lebih sedikit, maka saya mabuk, saya tidak ingat apa-apa." Saiduq memberitahu tuan hakim.

"Aku tidak mahu tahu dosa yang kau buat itu, yang aku maksudkan kebaikan apa yang kau buat untuk orang lain, cuba ingat," tuan hakim naik darah.

Setelah diingati betul-betul maka teringatlah Saiduq bahawa beberapa hari yang lalu dia telah menolong seorang perempuan dan anak-anaknya yang di dalam kesusahan dan kelaparan.

"Barangkali kebaikan yang aku lakukan terhadap seorang perempuan yang mempunyai tiga anak kecil jika tidak salah aku! "terang Saiduq.

"Ya...ya, itulah dia "pintas tuan hakim tidak sabar. "Apa yang kau berikan kepadanya ?"

"Apakah salah, jika aku berikan sesuatu kepadanya ? "Tanya Saiduq lagi.

"Bukan begitu, tetapi aku hendak tahu, apa yang kau berikan kepadanya, dan bagaimana kau boleh bertemu dengannya", kata tuan hakim lagi.

"Oh.... begitu ! Baiklah, mula-mula saya jumpa perempuan itu di deretan rumah-rumah yang roboh sambil menangis. Saya kasihan kepadanya, tanpa diminta saya berikan makanan, pakaian dan segala keperluannya serta anak-anaknya,"kata Saiduq sungguh-sungguh.

"Itu sajakah yang kau beri? "Tanya tuan hakim lagi.

"Ada lagi, "Jawab Saiduq.

"Apa dia? "Tanya tuan hakim memaksa.

"Saya beri dia seribu dinar untuk keperluan hidupnya. Saya berikan itu kerana Allah, saya kasihan kepadanya dan anak-anaknya,"Saiduq cerita kesemuanya.

Tuan hakim termenung sebentar kerana mengenangkan peristiwa yang berlaku antaranya dengan perempuan itu sebelum ini. Dihatinya sungguh menyesal perbuatannya yang angkuh itu yang menyebabkan beliau diperlihatkan bakal kehilangan segala-galanya di akhirat kelak.

"Tapi, saya ingin tahu juga apa sebabnya tuan hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini semata-mata hanya hendak bertanya perkara ini ? "Tanya Saiduq menduga.

Tuan hakim masih termenung, kemudian tunduk. Pada wajahnya ternyata seperti seorang yang sedang memikirkan sesuatu dan tampak sedih sekali.

"Begini Saiduq, malam tadi aku bermimpi yang sungguh menyedihkan. "Kata tuan hakim perlahan.

"Mimpi yang menyedihkan tuan ? "Saiduq terperanjat "Tapi apa kena mengenanya dengan diri saya? Tanyanya lagi.

Tuan hakim tidak punya pilihan lain, terpaksa menceritakan segala yang berlaku di dalam mimpinya. Dia menceritakan segala gedung dan bidadari-bidadari di syurga nanti yang asalnya menjadi miliknya telah bertukar menjadi milik Saiduq kerana semata-mata kebaikan yang dilakukan itu kepada seseorang yang memerlukannya.

Mendengar cerita itu, gementerlah badan Saiduq dan dengan tiba-tiba dia menghulurkan tangannya kepada tuan hakim, katanya :

"Tuan hakim ! Sekarang saksikanlah ...... bahwa saya menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahwasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, yang diutuskanNya membawa petunjuk dan agama yang benar."

Tuan hakim terpaksa menyaksikan keislaman Saiduq itu dengan hatinya sedih dan menyesal atas kelakuannya yang tidak berperikemanusiaan.

Malaikat Jibrail memperihalkan tentang Neraka kepada Nabi Muhammad S.A.W



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada

waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu Nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:

'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun dan namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang untuk orang Yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s..a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sungguh aku merasa begitu sedih apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka JahanamKu itu:

1. Mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum (pohon zarqum itu ialah pohon yang mempunyai buah berduri)

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Betapa dasyatnya neraka Allah, dasyat juga siksaan bagi para penghuninya. Mampunkah kita insan kerdil ini untuk menghadapi....? Sedangkan keperitan dunia yang sedikit umpamanya tercucuk duri pun sudah terasa peritnya, apatah lagi panasnya api neraka Allah.

Moga peringatan ini mampu menginsafkan kita. Berusaha dan berdoalah moga kita dijauhkan dari siksaan api neraka itu.

Wahai Allah...ampunilah dosa kami. Kami tidak layak untuk syurgaMu, tapi kami juga tidak mampu menanggung azab neraka Mu yang Maha Pedih. Justeru, ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah..
Aminn Ya Rabbil'alamin

Iblis Laknatullah berhadapan dengan Rasulullah S.A.W



Allah S.W.T telah memerintahkan Malaikat berjumpa Iblis Laknatullah supaya dia berjumpa dengan Rasulullah S.A.W untuk memberitahu segala rahsianya,samada yang disukai mahupun yang dibencinya.Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad S.A.W dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.Maka Malaikat itu pun berjumpa dengan Iblis Laknatullah dan berkata “Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasulullah SAW.Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah SAW,hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun,nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu,uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras”.

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu,Iblis Laknatullah sangat ketakutan.Maka segeralah dia menghadap Rasulullah S.A.W dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai,panjangnya seperti ekor lembu.Iblis Laknatullah pun memberi salam,sehingga 3 kali tetapi tidak dijawab oleh Rasulullah S.A.W.Maka Iblis Laknatullah berkata, “Ya Rasulullah! Mengapa kau tidak menjawab salam aku?Bukankah salam itu sangat mulia disisi Allah?”.Maka jawab Rasulullah S.A.W dengan marah: “Hai Aduwullah seteru Allah!Kepada aku engkau menunjuk baikmu?Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu nabi Allah Adam a.s sehingga keluar dari Syurga,Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau,

Nabi Allah Ayub a.s engkau tipu dengan asap beracun ketika dia sedang sujud bersembahyang hingga dia sengsara beberapa lama,kisah Nabi Allah Daud a.s dengan perempuan Urya,Nabi Allah Sulaiman a.s meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya’ dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.Hai Iblis Laknatullah!Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah Azza Wajalla,cuma salam engkau saja aku tidak menjawabnya kerana diharamkan oleh Allah S.W.T.Maka aku kenal baik-baik bahawa engkaulah Iblis Laknatullah,raja segala Syaitan dan Jin yang menyamar diri. Apakah niat engkau datang berjumpa aku?”.

Iblis Laknatullah berkata: “Ya Nabi Allah!Janganlah engkau marah,kerana engkau adalah Khatamul Anbiya’ maka engkau dapat kenal aku.Kedatangan aku adalah disuruh Allah S.W.T untuk memberitahumu segala tipu daya aku terhadap umatmu dari zaman Nabi Allah Adam sehingga akhir zaman.Ya Nabi Allah!setiap apa yang engkau tanya aku sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya,tiadalah aku berani sembunyikan”.Maka Iblis Laknatullah pun bersumpah dengan menyebut nama Allah S.W.T dan berkata “Ya Rasulullah!Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan aku menjadi abu”.

Mendengarkan pengakuan Iblis Laknatullah dan sumpahnya,maka Rasulullah S.A.W berasa sukacita dan merasakan inilah peluang keemasan untuk baginda menyiasat segala perbuatan Iblis Laknatullah dengan disaksikan oleh sekalian sahabat yang hadir di majlis berkenaan.Ianya juga akan menjadi senjata atau perisai kepada sekalian umat hingga kemudian hari.

Rasulullah SAW mula bertanya: “Wahai Iblis!Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Dikaulah musuh aku yang paling besar daripada segala seteru ku dimuka bumi ini”.Maka Rasulullah S.A.W merenung wajah Iblis Laknatullah menyebabkan Iblis Laknatullah menggelentar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkan terlalu gerun akan kebesaran Baginda S.A.W.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah!aku mampu menyamar sebagai sesiapa jua termasuk haiwan bersekali dengan suaranya dengan tepat.Aku ditegah Tuhan Azza Wajalla untuk menyamar sebagai dirimu kerana jika aku melakukan yang demikian,nescaya terbakarlah aku menjadi abu.Aku bersungguh-sunguh merentap i’ktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir kerana kau bersungguh-sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepada seluruh manusia supaya berpegang teguh kepada Islam. Begitulah juga kesungguhan aku menarik mereka kepada kafir,murtad dan munafik.Aku tarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Aku berharap mereka akan masuk ke neraka bersama-sama denganku serta kekal didalamnya buat selama-lamanya”.

Rasulullah SAW bertanya: “Hai Iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah S.W.T?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah!Aku goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya aku goda sehingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya.Aku goda segala manusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan makan minum dan berbuat kemungkaran. Sesetengahnya aku lalaikan dengan harta bendanya daripada emas, perak,rumah dan ladang,dan hasilnya dibelanjakan ke atas segala pekerjaan yang haram.Telah banyak kaum lelaki dan perempuan terpesong imannya menerusi tentera Jin,Iblis dan Syaitan yang aku perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran.

Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan,maka aku akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka.Lalu aku hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad-dengki sehingga mereka melakukan perzinaan.Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan,maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri.

Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal-ibadat,aku akan halang mereka sehingga mereka bertangguh dan bertempoh dalam berbuat kebajikan.Aku juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang.Maka telah ramai umat kau telah aku sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan Jin,Syaitan dan Iblis di mana aku menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya.Apabila mereka digoda pada hati,maka mereka akan sentiasa riak dan takbur,ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong.Apabila mereka digoda pada lidah,maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain.Demikianlah aku menghasut mereka semasa siang,malam,pagi dan petang”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan ditimpakan sebesar-besar siksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali?”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis!Siapakah yang menghidupkan engkau?Siapakah yang menjadikan engkau?Siapakah yang melanjutkan usia engkau?Siapakah yang menerangkan mata engkau?Siapakah yang memberikan pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Adalah sekaliannya itu adalah anugerah daripada Allah S.W.T Yang Maha Besar.Tetapi hawa nafsu dan takbur serta khianat telah menyebabkan aku melakukan sebesar-besar kejahatan.Tuan juga sedia maklum bahawa aku pernah menjadi ketua segala Malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan aku telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Aku pun mendiami tempatku dengan beribadat bersama-sama Malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azzawajalla dalam tempoh yang begitu lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT kepadaku sekeliannya mengenai dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka aku membantah kerana tidak suka berkhalifah.

Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki dan dititahkan aku dan sekalian Malaikat memberikan penghormatan kepada Adam kecuali aku seorang enggan bersujud dan aku telah mengingkari hukumNya. Maka aku dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknatiNya aku sehingga hari Kiamat. Wajahku yang selama ini bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Aku sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan. Hasad dengki ku menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka. Akhirnya aku telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla.

Maka kerana perempuan itulah, Adam termakan buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh Allah SWT dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati. Itupun aku masih tidak berpuas hati sehingga aku dapat melakukan pelbagai tipu-daya ke atas sekalian anak-cucunya sehinggalah ke hari Kiamat. Tetapi dikau telah menghalang pekerjaan ku dengan menarik mereka supaya memeluk Islam. Ada pun sebelum dikau diputerakan ke dalam dunia ini, aku bersama-sama bala tenteraku mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga.

Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila aku turun ke dunia, maka aku khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat melalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitab bida’ah dan karut. Tetapi apabila dikau lahir ke dunia ini, maka aku tidak diizikan Allah SWT untuk naik ke langit dan aku tiadalah lagi mendapat apa-apa rahsia umatmu. Ramai Malaikat yang menjaga di pintu tiap-tiap lapisan langit dan jika aku berdegil untuk naik ke langit, nescaya Malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala-nyala. Telah ramai bala tenteraku daripada golongan Jin, Iblis dan Syaitan terkena lontaran Malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Aku dan bala tenteraku amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula dikau dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebat di hadapan sekalian raja-raja dan di khalayak ramai”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?”. Jawab Iblis Laknatullah: “Pertama, aku palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal aku pesongkan, aku akan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuanku”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?”. Jawab Iblis Laknatullah: “Itulah sebesar-besar kesusahan kepadaku. Gementarlah seluruh badanku dan lemahlah tulang sendiku, maka pada waktu itu, aku menyuruh puluhan Syaitan Iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Sesetengah Iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah Iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya, yang sia-sia belaka.

Sesetengahnya Iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Didalam hatinya sering berkehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekalian Iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan aku hukum seberat-beratnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah SWT, maka terbakarlah tubuhku serta putus-putus segala uratku,maka larilah aku dari mereka”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Telah binasalah diriku dan gugurlah tulangku kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadapku kerana apabila masuk malam awal Ramadhan, maka memancarlah Nur Arasy dan Kursi serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besarnya anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa.

Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadhan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umatmu berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap aku dengan perintah Tuha serta ditangkapnya segala bala tenteraku iaitu Jin, Syaitan dan Ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas dan dirantainya kami sekaliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasamu, baharulah aku dilepaskan supaya aku tidak boleh mengganggu mereka. Dan umatmu sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: ” Hai Iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah, adalah sekelian para sahabatmu adalah sebesar-besar seteru kepadaku, kerana tiada upaya aku melawan mereka dan tidak ada satu tipu dayaku dapat memasuki mereka,kerana dikau pernah berkata sekelian para sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk.Ya Nabi Allah,sekelian para sahabatmu sangat taat mengerjakan perintahmu lagi setia serta bersungguh-sungguh menyiar dan menghebahkan syariatmu kepada sekelian manusia menerusi Al-Quran dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah itu semasa sebelum beliau bersamamu pun,aku gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingimu. Baliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran dikau sehingga beliau telah menjadi wazirul ‘azam dan dikau telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia ini,nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar.

Tambahan pula, beliau telah menjadi bapa mertuamu dengan mengahwinkan puterina Sayyidatina Aishah yang sangat hafiz hadis-hadismu.Ada pun sahabatmu,Sayyidina Umar Al-Khatab,aku tidak berani memandang wajahnya kerana beliau sangat tegas dalam menjalankan hukum syariatmu.Jika aku terpandang wajahnya,maka gementarlah segala sendiku kerana tersangat takut kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi dikau pernah bersabda,jikalau ada lagi nabi selepas aku,nescaya Umar boleh menggantikanmu kerana harapan besar dikau keatasnya. Beliau juga mampu membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar Al-Faruk.

Ada pun sahabatmu,Sayyidina Osman Al-Affan itu lebih-lebih lagi tidak dapat aku hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala syuhada’ dan menjadi menantumu sebanyak 2 kali. Kerara ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para Malaikat dengan penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Dikau telah berkata, barangsiapa menulis BismillahirRahmannirRahim pada kitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabatmu, Sayyidina Ali bin Abu Talib, aku sangat takut kepadanya kerana kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila Iblis, Syaitan dan Jin memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta adalah julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam serta enggan menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar Ali Karamullahu Wajhah dan Harimau Allah.Dikau pernah bersabda, akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya. Tambahan pula, beliau telah menjadi menantu dikau, maka terlebihlah ngeri aku kepadanya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Adalah umatmu ada tiga golongan (1) Seperti airu hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahanNya dan kata (Malaikat) Jibril, Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat.

(2) Umatmu itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan bertawakkal kepada Allah SWT dan banyak berbuat kebajikan, dan

(3) Umatmu itu keadaannya seperti Firaun yang terlampau tamak dengan harta dunia (dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka (dengan) sukacitanya aku kepada mereka (umat ke 3) lalu aku masuk ke dalam tubuh mereka, aku putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal atas jalan kejahatan, aku tarik ke mana (sahaj) sesuka hatiku, jadi sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah (golongan) yang miskin (yang) hendak beribadat, aku goda mereka (supaya) meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka (aku) lupakan mereka dari beramal, tidak tahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mereka habis terbenam ke dalam bumi kerana mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada jalan-jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya asyik dengan golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka kepada jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempatjudi dan (majlis) tarian”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapa pula yang saman (tarafnya) seperti engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang-orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada syaitan, nescaya aku lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari”.

(Inilah doanya sebelum sampai ke tandas – “Bismillahi Allahomma Inni A’uudzubikaminal Khubhusi Wal Khobais”, Jika masuk ke tandas, dulukanlah dengan kaki kiri dan jika keluar dahulukan dengan kaki kanan dan apabila jauh empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hati “GhufraanakalhamdullillaaHilladzii Azhaba ‘Annil Azza Wa’afaani” dan apabila selesai bersuci dibacakan doa “AllahHumma Tohhir Qalbii Minnan Nifaqi Wahassinni Farjii Minal Fawaa Hisyi”) Maka jika dibacakan doa-doa tersebut, larilah aku daripadanya.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia membaca “A’uudzubillaa Himinassyaitaanirrajim, Allahumma Jannibnaa Minassyaitaani Wajannibissyaitaan Maa Razaqtana” maka larilah aku daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) akulah yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak (hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibubapanya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak membaca “Bismillahhirrahmaanirrahim” maka akulah yang terlebih dahulu makan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi mereka tidak kenyang”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipu dayamu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Allah SWT kerana dia telah bertaubat. Inilah doanya “Ilaahiilastulil Firdausi Ahlan, Walla Aqwaa ‘Alanaaril Jahiimi, Fahablii TaubatanWaghfir Dzunuubi, Fainnaka Ghaafiruzzanbil ‘Azimmii”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: ” Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu ari-arinya selama 40 hari, maka aku akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga (menjadi) tempatku bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabuatnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah saudaramu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka aku akan mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib, aku (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat”.

(Apabila hendak tidur, bacalah “BismillaahirRahmanNirrahim” sebanyak 21 X)

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang banyak menyebut nama Allah SWT dan banyak memberikan sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat, memperbanyakkan tadarrus Al- Quran serta solat di waktu malam”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah SWT”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis Apa pul yang merantai engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dadaku, maka aku pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan apabila berpisah keduanya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka aku duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, aku hiaskan wajahnya (perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya (perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya (perempuan, aku hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta aku panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau salah satu daripadanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada memelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya dan apabila tidak memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya”.


Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Di manakah kediamanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan). Apabila mereka menyembah (berhala, batu, kayu, tembaga dan sebagainya), maka aku cenderungankan hati mereka supaya bertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembah berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat tuan hamba telah aku pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang menunjukkan betapa nipisnya iman mereka”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis Dimanakah tempat perhimpunanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintaimasjid, apakah yang hendak engkau lakukan?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Aku hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin) dalam keadaan lalai”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Adapun orang yang sedang solat itu amatlah jahil sekali, (maka) mudahlah untuk aku merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila aku menggoda dan cuba merosakkan solatnya, aku takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suara bunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantun, bernazam memuji Tuhan, bernasyid serta bersalawat di atas nabi”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba’ “.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak tidur sehingga matahati tinggi dan meninggalkan solat subuh serta memenuhi perutnya dengan kenyang sekali”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk hamba Allah yang dha’if, malah zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT serta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama denganku”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari hukum Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkan dirinya serta perempuan yang menjual maruahnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika seorang ulama; meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Telah subur dan bertunaslah hasutanku dan pekerjaanku”.

(Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barasiapa yang berdukacita di atas kematian seorang ulama’, maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribu ulama’ dan seribu syuhada’”, Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud “Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama’ atau mereka yang membenci golongan yang mengajar agama, maka diberitahu Allah SWT, 3 jenis bala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama’ dan seumpamanya) (1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezeki) (2) Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja yang zalim, dan (3) Dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia dengan tidak beriman (Na’udzubillahHimin Dzaalik), kita berlindung dengan nama Allah SWT.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika Umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmua?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudayaku telah mereka leraikan”.

(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia akan mendapat 5 perkara (1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran (kemiskinan), (2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah SWT, (3) Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada sebelah kanan (pihak yang selamat), (4) Melalui titian (Siraatal Mustaqim) di atas neraka sepantas kilat, (5) Dimasukkannya Allah SWT ke dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu mendapat 27 darjat – serta solat berjemaah bersama anak dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah).

Rasulullah SAW bertanya lagi: Hai Iblis! Jika umatku bersalawat ke atasku, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Mereka telah membelah mukaku disebabkan ingatan kuat terhadap tuan hamba”.

(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa berselawat ke atasku, maka para Malaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dan dia adalah sebahagian daripada isi syurga”.)

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di Masjid, bagaimanakah keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman: “Hai sekelian Malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan perempuan”. Maka apabila selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT: “Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Rasulullah! Apabila umat tuan hamba pergi (untuk) bersolat Hari Raya, maka aku sangat berdukacita dan kesal. Maka aku pun menjerit sehingga datang sekelian bala tenteraku dan (mereka) bertanya hai raja kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit atau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang di langit dan di bumi. Maka aku menjawab: Hai bala tenteraku! Apa yang menyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad? Dan Tuhan amat mengasihani mereka dengan penuh Rahmat serta diperkenankan segala doa merea dan diampunkan segala kesalahan mereka? Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana ke mari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu dengan mengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itu dan ditimpakan bala’ ke atas mereka kerana dengan demikian, akan membawa kesenangan di dalam hatiku. Maka, berangkatlah sekelian bala tentera Iblis, Syaitan untuk mengganggu umat Muhammad”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Telah bersusah-payah aku menggoda mereka sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka lemahlah aku lalu aku menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai celaka, betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka aku pun berpaling (dan) pergi”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Putuslah harapanku, kerana barangsiapa membaca doa awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakar buku kesalahan hambanya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku kebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuatan dosa berkenaan. Ya Nabi Allah! Telah aku binasakan ramai manusia dengan (menggoda manusia) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis) maksiat, maka aku gembira. Tiba-tiba mereka mengucapkan kalimah Laa Ilaa Ha IllAllah dan istighfar, maka binasalah aku, kerana pada masa aku dibuang ke dunia (dulu), aku mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur Iblis Syaitan, tetapi orang yang azan itu adalah penghalau Iblis Syaitan, kerana para Malaikat akan hadir bersolat bersama-sama dengan mereka”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kufur kepada Iman, daripada gelap gelita kepada terang benderang?!”.

Maka Iblis pun mengangkat kepalanya ke hadhrat Tuhan dan berkata: “Yaa Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, aku jadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan, supaya aku dapat mencelah di dalamnya”.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT: “Hai Mala’un!, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampun kepadaku”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Rasulullah! Bahawasanya aku sangat ajaib (hairan) melihat dua macam hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan Tuhan, walhal mereka itu taatkan aku dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu sangat marah kepada aku, tetapi mereka menurut hasutanku”.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT: “Hai Mala’un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagian: (1) Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan (2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu”.

Maka Iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi Tuhan GhafuuruRahiim Yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambaNya dengan limpah rahmatNya.

Setelah selesai baginda Rasulullah SAW berdialog dengan Iblis Laknatullah, maka baginda SAW pun menghalau Iblis Laknatullah dengan sabdanya: “Wahai Laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini”. Maka Iblis Laknatullah pun keluar dengan perasaan yang amat dukacita.

Maka hairanlah para sahabat RA yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya Iblis laknatullah yang menyelubungi seluruh umat manusia.

Sabda Nabi SAW: “Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa Iblis Laknatullah telah membuat kesalahan atas beberapa sebab: (1) Ia engkar dan membantah perintah Tuhan, (2) Ia takbur dan besar diri (3) Ia berhasad dengki dengan Nabi Adam AS, (4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia)(dari) seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada Qabil dengan tipudaya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam AS”.

Nabi SAW bersabda lagi: “Bahawa pada suatu hari, Iblis mengadap Musa bin Imran AS dan berkata: “Yaa Nabi Allah! Apabila tuan hamba bermunajat kepada Allah SWT di Bukit Tursina, aku hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) aku diterimaNya?”.

Maka sukacitalah nabi Musa AS mendengarkan Iblis Laknatullah yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan Iblis Laknatullah. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah firma Allah SWT: “Wahai Musa, kesalahan Iblis bolehKu ampunkan dengan syarat hendaklah ia (Iblis) bersujud pada kubur nabi Adam”. Maka nabi Musa AS pun menyampaikan firman Allah SWT kepada Iblis Laknatullah. Iblis Laknatullah mengeluh dan berkata: “Wahai Musa! Semasa Adam masih hidup pun aku tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula Adam sudah mati”. Maka Iblis Laknatullah pun beredar.

Sabda Nabi SAW: “Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara: (1) Dengan ilmu para ulama’, (2) Dengan adilnya sekelian raja-raja, (3) Dengan kemurahan (hati) orang-orang kaya, (4) Dengan doa sekelian fakir miskin”.

Maka sekiranya tidak ada ulama’, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia (ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi…

Wallahua'lam


>>>>>>>Syukran kepada Tok Wan atas perkongsian nie<<<<<<<

Thursday 17 May 2012

Wanita,Aurat & Tabarruj


Firman Allah S.W.T : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al Ahzab : 59]

Mengapa manusia perlu menutup aurat? Dan mengapa urusan berpakaian ini tidak diserahkan kepada manusia? Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah pencipta kita, Dia lebih mengetahui perihal hambaNya lebih daripada hambaNya mengenali dirinya sendiri. Jika urusan pakaian ini diserahkan kepada manusia, nescaya ia boleh membawa kepada kerosakan. Kita lihatlah sendiri, sedangkan hukum pun telah ditetapkan, ramai wanita yang hampir sahaja bertelanjang di luar sana, apatah lagi jika hukum ini diserahkan kepada manusia. Setiap insan, baik lelaki mahupun wanita, perlulah berpegang teguh dengan pakaian syar’ie iaitu cara penutupan aurat yang telah ditetapkan oleh Allah. Tidak semestinya perihal berpakaian ini termasuk urusan keduniaan, maka kita sewenang-wenangnya boleh melanggar perintah ini. Seperti yang kita sedia maklum, Islam merupakan agama yang meliputi urusan akhirat dan dunia. Oleh itu, ketaatan merupakan suatu kewajipan bagi kita terhadap kedua-dua jenis urusan ini, baik ukhrawi mahupun duniawi.


1. BULU KENING -- " Rasullulah S.A.W melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." [Hadith Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.] 

2. KAKI (Tumit kaki) -- Firman Allah S.W.T : " Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.)" [Surah An-Nur:31]. 

3. WANGIAN -- " Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." [Hadith Riwayat Nasaii,Ibn Khuzaimah dan Hibban.] 

4. DADA -- Seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya melepasi dada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman; 

Firman Allah S.W.T : " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga melepasi dada mereka. " [Surah An-Nur : 31]


5. GIGI -- " Rasulullah S.A.W melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya berdasarkan hadith Sabda Baginda S.A.W : "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.] 

6. MUKA DAN LEHER -- Firman Allah S.W.T : "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." 

7. MUKA DAN TANGAN -- Aisyah r.h meriwayatkan, bahawa saudaranya Asma Bt. Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Kemudian baginda S.A.W berpaling dan mengatakan, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." [Hadith Riwayat Muslim dan Bukhari] 

8. TANGAN -- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". [Hadith Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.]

9. MATA -- Firman Allah S.W.T : " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." [Surah An Nur : 31] 

Sabda Rasulullah SAW : “ Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." [Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.]

10. MULUT (SUARA) -- Firman Allah S.W.T : "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." [Surah Al Ahzab: 32] 

Sabda Rasulullah S.A.W : "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." [Hadith Riwayat Ibn Majah.]

11. KEMALUAN -- Firman Allah S.W.T : “ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " [Surah An Nur : 31] 

Sabda Rasulullah S.A.W : "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." [Hadith Riwayat Al Bazzar] 

Sabda Rasulullah S.A.W : " Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." [Hadith Riwayat Tirmidzi,Abu Daud dan Ibn Majah] 

12. PAKAIAN -- Tabarruj bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang. 

Firman Allah S.W.T : “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu ber-tabarruj seperti orang-orang jahiliyyah pertama.” [Surah Al Ahzab : 33]

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan (tabarruj), maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." [Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah] 

Firman Allah S.W.T : "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat (Wanita yang berpakaian nipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.) Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.] 


Firman Allah S.W.T : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al Ahzab : 59]

13. RAMBUT -- Rasulullah S.A.W bersabda : " Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Maksud ungkapan Nabi Muhammad S.A.W. ,, "berpakaian tetapi telanjang........"

  • sebahagian tubuhnya tertutup,tetapi bahagian tubuh yang lain terbuka
  • pakaian yang dipakai sangat tipis, sehingga tubuhnya tetap terlihat
  • pakaian yang dipakai sangat ketat sehingga setiap lekuk tubuhnya tergambar jelas
Maksud Sabda Nabi Muhammad S.A.W. ,, "kepala mereka(sanggul) seperti punggung unta yang miring..."

  • wanita yang sanggulnya menyerupai bonggol unta
  • seringkali terlihat ada wanita bertudung tapi sanggulnya tinggi seperti bonggol unta hingga terlihat bentuk sanggul dari luar tudung

Seperti yang kita lihat,ramai wanita muslimah juga sering tersalah tafsir apabila memakai pakaian.Antara salah satu nya ialah seluar panjang.Bukankah Rasulullah s.a.w melarang wanita menyerupai lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Aurat wanita agak rumit dan berubah mengikut situasi : 

- Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut. 

- Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. 

- Dihadapan mahram (saudara lelaki rapat),seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. 

- Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam. wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. 

- Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.


p/s :: sangat dialu-alukan jika ada yang ingin menegur kesilapan yang tercatat tanpa disedari.Terima kasih ^_^

Bicara Hati


Benar aku pernah kecundang..
Dalam pertarungan kehidupan...
Kecewa kehampaan...
Namun kugagahi teguh berdiri...
Kuyakini kuasa ilahi...
Terus tabah meniti kehidupan..

Allah Maha Penyayang..
Allah Maha Mengasihi...
Allah Maha Pengampun...

Itu benar sungguh kenyataan...

Allah Maha Mendengar...
Allah Maha Melihat...
Allah Maha Mengetahui....

Di keheningan ku tangisi..
Menyelak kembali dosa silam..
Menghayati kegagalan diri..
Lantas ku seru namaMu...
Percaya Kau sentiasa menemani...


Ya Allah..
Al-Qawiyyu..

Ya Rabbi..
Al-Qodiru...

Pimpin aku menjalani hidupku...
Kuatkan aku menghadapi dugaanMu...

Ya ilahi..
Al-Waliyyu..

Lindungi aku dalam naunganMu...
Andai diri kejauhan hanyut..
Lalai leka dalam mengingatiMu..
Gapai aku agar kembali padaMu...




Muslimah Sejati



Muslimah sejati bagaikan bunga....
    Harum di taman mekar di jambangan....
      Wangi ditangan, wangi ditangan..
        Muslimah sejati seorang serikandi....
          Bagaikan Fatimah Az-Zahra'.....
            Yang mejadi lambang cinta suaminya....
              Mejadi benteng lambang ketabahan....
                Meruntuh ego kemungkaran...
                  Muslimah sejati bagaikan mariam....
                    Yang suci dari segala sentuhan....
                      Yang bersih dari kesilapan....
                        Lantasku hirup kesegaran iman....
                          Yang di dambakan setiap insan..
                            Muslimah sejati..
                              Seorang teman..
                                Seorang isteri..
                                  Seorang serikandi..
                                    Setianya pada suami..
                                    Dan jua pada Ilahi..

                                    Ratapan Seorang Isteri


                                                                                                       citer nie dapat dari sorg kawan..




                                    "Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

                                    "Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

                                    "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

                                    "Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

                                    Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

                                    "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
                                    abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
                                    tercinta.

                                    Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
                                    jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
                                    isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
                                    dalam hati.

                                    Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

                                    "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

                                    "Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."


                                    "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

                                    "Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

                                    "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

                                    "Sudah la tu bang."

                                    "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

                                    "Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

                                    Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

                                    "Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.


                                    PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

                                    "Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

                                    hahahahaha.......

                                    Wednesday 16 May 2012

                                    Kerana Aku Masih Disini





                                    Aku masih disini...
                                    Terkapai terkulai layu...
                                    Mencari erti sebuah hati...
                                    Apakah penantian satu perjuangan...
                                    Atau hanya sebuah penantian sia-sia...
                                    Aku masih berdiri...
                                    Teguh menggenggam sebuah perasaan...
                                    Berguguran mutiara airmata...
                                    Mengiringi pemergian sebuah anugerah ilahi..
                                    Namun hati berbisik..
                                    Jangan kau mengalah pada ujian ini...
                                    Tertunduk bisu menerka kepastian...
                                    Janji ku agar memelihara perasaan ini...
                                    Akan ditepati dilaksana..
                                    Biar tak sekilas memandang...
                                    Walau tak sedetik terlintas...
                                    Dan biar tak pernah memahami...
                                    Akan tersimpul sebuah perasaan...
                                    Terpelihara jauh di sudut sanubari...

                                    Ya! aku masih disini...
                                    Hampir tunduk mengalah..
                                    Membalut setiap kelukaan jiwa...
                                    Demi cintaNya..dan demi sayang kepada 'dia'...
                                    Tak ku endah luka terpateri...
                                    Tak ku rebah malah kugagahi....
                                    Selagi belum ditiup pergi...
                                    Sebuah perasaan ini...
                                    Selagi Allah masih mengizinkan...
                                    Akan ku jaga...
                                    Akan ku pelihara...
                                    Perasaan terpateri....
                                    Harapan agar sama menjejak SyurgaNya...
                                    Kerana hati masih menyayangi...
                                    Ya! kerana itu aku masih disini....



                                    Tuesday 15 May 2012

                                    Saat Terlafaz 'Aku Terima Nikahnya'




                                    ".....aku terima nikahnya Saidatul Sakinah binti Mohd Shafie dengan mas kahwin senaskah AL-Quran dan seberangkatan alat solat..."

                                    Riak lega mula terpancar di wajah Mohd.Syukhri..Rasa gembira bukan kepalang saat insan yang dicintai telah menjadi milik mutlaknya...

                                    "....fuhh...Alhamdulillah...Lafaz Akad telah sah diucapkan....lega hati aku..nasib baik tak ketar..."

                                    Syukhri menghampiri isterinya dan tunduk lantas mengucup lembut dan syahdu dahi isterinya...

                                    "....alhamdulillah..abang bersyukur kerana kita sah sebagai suami isteri..."

                                    bisik syukhri pada isterinya...lantas Saidatul mengucup lembut tangan syukhri..tak terasa airmata hangat mengalir dipipi..Saidatul memeluk erat ibunya dan menangis di bahu ibu...

                                    "...sekarang ummi serahkan atul pada Syukh...jaga anak ummi elok-elok..dia lah permata hati kami.."

                                    Hati ibu mana tak hiba saat berpisah dengan satu-satu nya anak perempuan yang selama ini dijaga bagai telur di hujung tanduk..agar tak jatuh dan pecah membusuk...
                                    Majlis Persandingan diadakan dengan meriah...ramai sahabat dan keluarga yang bertandang ke majlis perkahwinan mereka berdua...

                                    "....amboii..angin takde..ribut takde..tup tup kau dah kahwin yer syukh...tak dengar pon kau kapel..aweks mana kau rembat nih..."

                                    tersedak air liur sendiri syukhri bila disergah sahabat karibnya..Ikhwan..seorang sahabat ketika bersama menuntut di universiti dulu..

                                    "....ishh...mana ada lah..aku tak main lah kapel2 nih..kau sendiri tahu kan aku nih pemalu lah org nya..kalau aku nak..aku masuk meminang terus..hahaha...nih dok sangkut dengan buah hati aku sorang nih...mana leh tunggu lama2..masuk jer meminang bila dah berkenan...kapel lepas nikah lebih sweet tau...kan sayang kan....."

                                    Syukhri cuba melirik mata saidatul...namun saidatul hanya tersenyum malu...segan bila diusik suami tercinta di hadapan sahabat2 syukhri...walaupun tak mengenali syukhri dengan sepenuh nya..namun saidatul telah menanam perasaan cinta pada syukhri saat tersarung cincin pertunangan di jari manis saidatul...berazam menjadi isteri yang solehah untuk suami dan ibu mithali untuk anak2 nanti....

                                    "....Ya Allah...Alhamdulillah..Kau telah kurniakan seorang suami yang baik buatku..pimpinlah kami..setiap langkah dan perbuatan kami agar redup dibawah keredhaanMu...."

                                    ********
                                    Beberapa hari setelah  Majlis Persandingan...Syukhri dan Saidatul mengambil keputusan untuk berangkat pulang ke rumah mereka...sebuah rumah teres sederhana besar...hasil daripada titik peluh syukhri mengerah keringat...

                                    "........ummi..atul pergi dulu yer ummi...atul sayang ummi sgt2...atul akan selalu jenguk ummi dan abah..InsyaAllah...ummi dan abah jangan sedih2 tau...Assalamualaikum ummi..abah...."

                                    Syukhri dan Saidatul beriringan melangkah ke arah kereta proton saga milik syukhri...saidatul melangkah dengan airmata yang bercucuran..sebak meninggalkan ayah dan ibunya berdua tanpa saidatul sebagai pengubat kesunyian..perjalanan dimulakan dengan kalimah bismillah...Syukhri memandu dengan berhati2..tak ingin berlaku apa2 yang tidak diingini...sesekali menjeling ke arah saidatul...isteri nya hanya duduk membisu dengan pandangan menghala keluar tingkap kereta...

                                    "...atul..sudah2 lah tu yer..abang taknak tengok atul sedih macam nie....abang akan hantar atul pergi rumah ummi setiap minggu yer..kita bermalam kat rumah ummi...yer sayang..senyum lah sikit..abang takkan kejam dengan isteri abang nie...."

                                    Saidatul tersenyum hambar..bukan sengaja bermasam muka dengan suaminya..namun tak mampu melakar senyuman bila terbayangkan ummi dan abah nya keseorangan...

                                    "....alaa..atul nie..biar lah ummi dan abah tu berdua-duan kembali..nie tak..atul jer yang asyik ganggu line mereka..hehe.."

                                    "ishh...macam mana suami aku nie boleh baca fikiran aku..ajaib betul..."
                                    (saidatul monolog sendirian)

                                    ".....iyer bang..maafkan atul yer...bukan niat atul nak bermasam muka dengan abang..."

                                    "...ishh..atul nie..xde yang nak dimaafkan..awak tu..senyum lah sikit..kang mogok pula kereta abang nie..."

                                    ".....abang...terima kasih yer..sebab sudi jadikan atul nie sebagai isteri...atul sayangkan abang...."

                                    "....abang juga bersyukur sangat2..dapat isteri seperti atul...InsyaAllah...abang akan pimpin keluarga kita nie sebaik nyer...haa...citer punyer citer...dah sampai pon kita...."

                                    "....SubhanAllah....cantik nyer rumah nie bang...Alhamdulillah..ada tempat kita berlindung..."

                                    "....iyer atul..abang beli memang khusus untuk isteri abang..hehe.."

                                    ".....terima kasih yer bang..atul tak kisah jika kita takde rumah mewah..yang penting atul ada abang sebagai pelindung...."

                                    "...sama2 sayang.....InsyaAllah..abang akan jaga keluarga kita...doakan hubungan kita sampai syurga yer sayang..InsyaAllah..."

                                    Syukhri mengucup lembut dahi isteri nya...berlinang airmata saidatul...sungguh bersyukur kerana diberikan seorang suami yang baik dan penyayang seperti syukhri..

                                    ***********

                                    setelah beberapa bulan melayari bahtera rumah tangga....Saidatul dan Syukhri mendapat khabar gembira...mereka akan dikurniakan cahaya mata...

                                    "....alhamdulillah..abang gembira sangat sayang...akhir nya kita akan mendapat zuriat...terima kasih yer sayang...."

                                    "..atul pun gembira sangat bang....akan berseri rumah kita nanti...tak perlu abang ucap terima kasih...nie tanggungjawab atul sebagai seorang isteri...hadiah untuk abang atas rumah tangga kita nie...ermm...atul nak gitahu ummi...boleh tak bang?...".

                                    "....laa..atul nie...nak gitahu ummi pon minta izin abang juga ke...abang tak kisah...atul nak gitahu mamat bangla belakang rumah kita tu pon boleh....hehe...nak gitahu kat Datuk Seri Najib pon boleh....haa...esok abang hantar email kat obama...gitahu dia yang kita akan dapat baby..nak tak..."

                                    "....ishh..abang nie...melalut jer tau..ke situ pula dia....hehe..."

                                    Bagai kera mendapat pisang..gembira tak terkata Puan Zulaikha pabila  saidatul anak perempuan nya memberitahu khabar gembira tersebut....setelah meletakkan gagang telefon....

                                    ".......abang...alhamdulillah...Ya Allah...gembira nyer saya bang....."

                                    "....laa....ummi nie knp pula...dah macam kera kena belacan jer abang tengok...cer citer sikit..."

                                    "....wahh...gembira nyer saya...meriah rumah kita nie nanti bang...."

                                    "..haa..knp...?meriah apa pula nie...hehe...awak restu saya nak tambah cawangan ke...memang meriah lah nanti..ada juga yang temankan awak nanti kan ummi..."

                                    "..amboii bang...lain bebenor bunyi nyer tu...abang jgn nak main2 yer...jangan pula nak pasang niat pasang cawangan..kang kaki abang saya pasang dengan rantai..baru tahu..."

                                    "...garang juga isteri abang nie yer..hehe...dah tu..?apa yang awak dok heppy jer dari tadi...mana lah saya nak tahu...awak tak gitahu saya...hehe..tu pon saya gurau jer..tapi kalau awak izinkan pon aper salah nyer....saya on jer..tua2 nie bertenaga lagi tau..."

                                    "...ewah..ewah...meh sini bang..nak kena cubit orang tua nie...haa...nak lari kemana tu..."

                                    "...huh..huh..ok ok yang..dah tu..penat abang lari nie..hehe..abang gurau jer...hehe..sekali sekala dah tua2 nie nak juga usik awak tu...."

                                    "..abang nie kan...sengaja buat kita main kejar2...taknak kawan lah dengan abang nie..."

                                    "..ishh..ummi nie..jangan lah merajuk..buruk bebenor muka tu..tua2 nak merajuk lagi...awak tu dah 45 tahun tau..saya nie 47 tahun...jangan nak merajuk..segan jiran tengok...muka tu..hehe..kang makin jatuh pula kedut tu...."


                                    "...abang nie..kesitu pula...nie haa...saya nak khabarkan...atul anak kita tu...tak lama lagi nak jadi ibu..kita nie pula dapat gelaran datuk dan nenek..ada faham?..."

                                    "...alhamdulillah...dapat juga saya gelaran datuk..hehe..datuk Shafie...wahh..sedap nama tu....kalau tak pon tok wan pi'e...awak pula...nek wan ika...haa..kalau tak pon..nek kebayan ika..haa..tu ngam..."

                                    "..ishh..abang nie kan....suka nyakat kita...."

                                    Petang itu berlalu dengan derai tawa abah dan ummi saidatul sakinah..kemesraan yang kekal terjalin walau telah menjejak usia senja.....

                                    ********
                                    "...seronok nanti abah dan ummi atul bila dapat cucu kan sayang..abang tak sabar nak tatap wajah comel anak kita nie..."

                                    (Syukhri mengusap lembut perut isterinya yang kian membesar...kini genap 5 bulan usia kandungan isteri nya..)

                                    "...iyer bang...meriah bila nenek2 dan atuk2 bermain dengan anak kita nanti...."

                                    wajah Syukhri mula berubah menjadi sayu...teringat bahawa ibu dan ayah nya telah tiada...tidak sempat melihat cucu dari anak bongsu nya...

                                    "....Ya Allah..Kau cucuri lah Rahmat ke atas roh kedua ibubapa ku..."

                                    Menyedari air muka suami mulai berubah...Saidatul perasan yang dia telah terlepas cakap pada suami nya....

                                    "....Ya Allah.....abang...maafkan atul yer...atul tak sengaja lukakan hati abang...atul hampir terlupa yang ummi dan abah abang dah takde...maafkan atul yer bang..."

                                    Airmata saidatul mulai berlinang...tak sengaja mengusik hati suaminya....

                                    "...sayang...kenapa nangis nie...jangan nangis yer..takde pape...abang tak marah..tak terasa pon...bukan salah atul...dah2...jangan nangis2...kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yer sayang...."

                                    "..iyer bang....."

                                    (masing2 menadah tangan dan berdoa..)

                                    "...sayang...nanti kita nak beri nama anak kita macam mana...?abang rasa jika perempuan..abang yang bagi nama...jika lelaki pula...sayang yang bagi nama..amacam...?ok tak sayang...."

                                    "...haa..atul setuju..tapi bukan sekarang...bila anak kita dah lahir...jika perempuan...abang bagi nama...jika lelaki atul pula yang bagi nama...biar nama tu jadi surprise buat kita...yer bang..."

                                    "...Iyer sayang...abang setuju...dah lewat nie..mari kita masuk tidur..."

                                    "....haa..sebelum tu...kita kena buat perkara wajib yang kita selalu buat sebelum tidur tau...abang jangan lupa pula...."

                                    "...abang tak lupa...baik lah..atul mulakan dulu yer...."

                                    "....bismillahirrahmanirrahim...abang..atul minta maaf dan minta ampun pada abang..atas segala salah dan silap atul sepanjang hari nie...segala silap tingkah dan kata2 atul yang menyakitkan hati..maafkan atul yer...dan halalkan segala makanan dan minum atul sepanjang hari nie.....atul sayang abang..."

                                    (atul mengucup lembut tangan suaminya...)

                                    ".....abang maafkan segala salah dan silap atul...dan abang halalkan segala makan dan minum atul...abang juga minta maaf dan keampunan jika abang terkasar kata pada atul..hingga atul terasa hati...maafkan abang...terima kasih sebab jaga makan dan minum abang sepanjang hari nie..masak untuk abang..walaupun berbadan dua...abang hargai jasa atul..abang juga sayangkan atul..."

                                    (syukhri membalas dengan sebuah kucupan kudus pada dahi isteri nya..sungguh penuh kasih dan sayang..)

                                    Menjadi kebiasaan Saidatul dan Syukhri sebelum tidur..saling muhasabah diri dan bermaafan atas kesilapan yang dilakukan masing2 tanpa sengaja sepanjang hari tersebut..untuk mengeratkan lagi hubungan mereka...

                                    ******


                                    Hari terus berganti..bulan terus berlalu..kini Saidatul hanya menunggu detik lahir nya anak yang disayangi...Syukhri menjadi bimbang meninggalkan isteri nya keseorangan di rumah..lantas Syukhri menghantar Saidatul agar tinggal di rumah mertuanya..bersama Puan Zulaikha dan Encik Shafie...

                                    "....abang akan kerja ulang alik dari rumah ummi..abang takkan tinggalkan atul...tambah lagi atul nie tengah sarat mengandung..menunggu hari nak bersalin..."

                                    "..kan jauh tu bang...xpe...atul boleh tinggal sendiri dengan ummi....atul taknak abang susah2..."

                                    "...atul kan isteri abang...tanggungjawab abang..takkan abang nak tinggalkan atul sendiri..bila atul bersalin nanti...InsyaAllah...abang akan ada di sisi..."

                                    "....tapi bang..abang kan kerja..tak tentu...jika abang ada penerbangan macam mana...siapa nak jadi pilot kapal terbang nanti..."

                                    "...alaa...abang suruh jer pramugari tu jadik pilot..tak guna cantik jer tapi ilmu penerbangan takde..hehe..abang nak jadik pilot untuk isteri abang nie...melahirkan seorang anak pilot...hehe..."

                                    "..abang nie..main2 pula...atul serius nie bang..."

                                    "...mana dier muka serius tu..abang nak tengok...wahh...comel nyer muka serius tu..hehe..alaa..atul jangan risau yer...Ikhwan kan ader...dier boleh ganti abang nanti..."

                                    "...jika itu keputusan abang..atul ikutkan jer...."


                                    kita hanya mampu merancang..namun Allah yang tentukan...Syukhri terpaksa meninggalkan isteri nya kerana desakan tugas...

                                    "....abang berat hati nak tinggalkan atul nie...abang takut nanti tak sempat temankan atul bersalin..abang nak di samping atul bila bersalin nanti...atul jangan bersalin dulu tau...tunggu abang balik baru atul bersalin yer...."

                                    "...hehe...abang nie...mana lah atul boleh agak..bila atul bersalin...kalau nak beralin saat tu..saat tu jugak...tak dapat tangguh tangguh dah...."

                                    "..anak abah...jangan keluar dulu tau..tunggu abah yer..kalau nak keluar gak..tekan brek kuat2 yer..jangan landing dulu...lapangan terbang (abah) belum tersedia...hehe...jangan kuat sangat tau tendang ibu..kesian ibu....baik2 yer anak abah..."
                                    (sambil syukhri mengusap perut isteri nya..)

                                    "...hehe..abang nie...suka tau main2..."

                                    "...hehe...abang pergi dulu yer sayang..jaga diri elok2...abang pergi tak lama..2 hari jer..lusa abang balik dah...abang sayang atul...assalamualaikum...."

                                    (Syukri mengucup dahi isteri nya...penuh sayu dan syahdu di segenap ruang hati nya..tak sampai hati meninggalkan isteri yang sarat mengandung sendirian..namun seruan tugas terpaksa disambut...)

                                    "...InsyaAllah bang..abang jaga diri elok2 juga yer..atul sayang kan abang..atul tunggu abang pulang...waalaikumussalam..."

                                    Saidatul mengiringi pemergian Syukhri dengan lirikan mata yang syahdu..suami nya pergi tiada disisi...entah kenapa hati nya sayu bila suami nya melangkah pergi..sedangkan selama nie dia telah biasa ditinggalkan ketika suami nya pergi bertugas...

                                    "...kenapa hati aku nie..ermm..sayu pula bila abang takde...ishh..bukan nya baru pertama kali abang pergi bertugas tinggalkan aku...fuhh..jangan lah difikir bukan2..."


                                    "....atul sihat ke..?ummi tengok dari tadi asyik mengelamun jer...rindukan syukh yer...baru semalam syukh pergi..dah rindu rinduan pula anak ummi nie...alah..esok kan balik dah syukh tu..nanti atul peluk lah puas2 macam teddy bear...."

                                    "....ehh..ummi...atul sihat...hehe..isteri mana yang tak rindu suami nyer ummi...jangan2 atul nie yang jadi teddy bear nyer nanti ummi...."

                                    "..haa..hehe..ye lah tu...nie atul nak ikut ummi ke petang nanti...ramai budak2 datang mengaji nanti atul..ada 12 orang..."

                                    "...InsyaAllah ummi..atul akan ikut ummi...nie pon dah pukul 3:30 pm..kan selalu ummi buat kelas mengaji pukul 5 kan ummi..."

                                    "....iyer atul...pukul 5..atul rehat lah dulu yer..ummi nak kemas rumah nie dulu..."

                                    Saidatul sering membantu ummi nya mengajar anak2 berumur kurang 12 tahun mengaji dan menghafaz Al-Quran...ia turut membantu Saidatul mendidik anak nya yang masih dalam kandungan dengan memperdengarkan ayat2 Al-Quran...

                                    "....baiklah...anak2 semua balik elok2 yer...jangan menyimpang pula..balik rumah terus...."

                                    "...baik ummi....kami balik dulu...Assalamualaikum ummi..kak atul..."
                                    (ucap anak2 yang datang mengaji di rumah ummi saidatul)

                                    "...ehh..atul ok ke...ummi tengok muka atul pucat semacam jer..."

                                    "...atul tak pape ummi...ok jer nie...hehe..pening sikit jer..atul masuk dulu yer ummi..nak rehat dulu..."

                                    sungguh saidatul telah berasa sakit perut yang memulas sejak asar tadi..namun saidatul hanya diamkan kerana sakit nya hanya datang sekali sekala...Saidatul baring di atas katil..fikiran nya menerawang entah kemana..menunggu tiba nya waktu maghrib...dan sekali lagi...perut nya kembali sakit..memulas-mulas...

                                    "...aku nie nak bersalin dah ke..tapi due date dier lambat lagi...nie sakit perut nak bersalin ke..ishh...aper nie...Ya Allah..sakit nyer..berilah aku kekuatan..."

                                    Saidatul memejamkan mata nya..cuba beristighfar dan menahan kesakitan yang dia rasakan...lama kelamaan..sakit nya beransur hilang....lega hati nya bila sakit tersebut beransur pergi...

                                    "..alhamdulillah...kuatkanlah hambaMu ini Ya Allah.."


                                    Ketika selesai solat subuh..Saidatul duduk mengaji beberapa ayat2 Al-Quran..menenangkan hati nya yang kian berdebar-debar..Saidatul berhenti seketika...menadah tangan memohon kepada Allah..

                                    "...Ya Allah..tenangkan lah hati ku ini...permudahkan perjalanan ku untuk melahirkan zuriat ku...berikanlah aku kekuatan..Kau lindungilah suami ku...berikan lah kesempatan agar suami ku berada disisi ku....Ya Allah Ya Rabbi..aku memohon padaMu...sungguh aku menyayangi suamiku...lindungi lah suami ku dan anak ku dalam perlindunganMu....Amin Ya Rabbal'alamin...."

                                    Saidatul berdiri untuk pergi ke dapur...dahaga pula tekak nya...perlahan2 saidatul melangkah..tiba2 saidatul berasa senak..perut nya kembali terasa memulas mulas...sakit yang dirasai hanya Allah yang tahu...terkumat kamit mulut nya beristighfar dan membca surah2 yang suami nya ajarkan...dengan sekuat tenaga Saidatul melangkah menuju bilik ummi dan abah nya...

                                    tok ! tok !

                                    Saidatul mengetuk pintu bilik ummi dan abah...dengan tenaga yang tersisa...

                                    "..ummm..mii.."
                                    "...aaa..bahh..."

                                    Saidatul duduk perlahan..menahan kesakitan yang dirasai nya hingga mencengkam tulang belakang dan pinggul nya....

                                    "...Ya Allah..atul..kenapa nie nak....abang..cepat kita bawa atuk ke hospital...cepat bang.."

                                    Encik Shafie memandu deras menuju ke hospital...membawa anak nya yang kian parah menanggung kesakitan...setiba nya di hospital..Saidatul dibawa terus ke wad bersalin...

                                    "....abang..kita mesti gitahu Syukh tentang hal nie bang....abang telefon lah dier.."

                                    "..iyer..abang akan telefon sekarang.."

                                    Syukhri menyambut panggilan mertua nya di lapangan terbang KLIA...baru selesai melaksanakan tugas..rasa tak sabar berjumpa dengan isteri tercinta...

                                    "....Ya Allah..betul ke abah...iyer..Syukh ke hospital sekarang..Syukh baru jer sampai nie bah..."

                                    Kereta dipandu laju meluru di atas jalan raya...Syukh berdoa agar isteri nya selamat...

                                    "...atul..Syukh dah balik...dier dalam perjalanan ke sini...abah atul yang telefon syukh tadi..atul kena baca surah2 dan ayat2 yang patut yer...ummi dan abah tunggu kat luar...."

                                    Doktor masih menunggu pintu rahim terbuka sepenuh nya...dan setelah beberapa minit...

                                    "...baiklah puan..pintu rahim dah terbuka...puan teran sekarang..."

                                    Dengan suara terketar2...Saidatul cuba bersuara...

                                    "...dok..doktor...saya nak tunggu suami saya...tunggu sebentar doktor..."

                                    Setelah lima minit berlalu....

                                    "....Puan kena teran sekarang...jika tak anak puan akan lemas..ini akan membahayakan nyawa puan sendiri...tambahan kedudukan bayi puan ini tidak normal...banyak darah yang keluar..."

                                    Saidatul semakin berasa sakit...kudrat nya dirasakan makin berkurangan....pandangan nya semakin kabur..namun demi anak yang disayangi...dan suami tercinta...Saidatul gagahi juga....

                                    "...dok..tekanan semakin berkurangan...darah semakin banyak yang mengalir..bayi tu kena dikeluarkan sekarang..."

                                    Sementara di luar wad bersalin...Syukhri baru sampai dan lantas berlari menuju ke ruang menunggu...tanpa berlengah...Syukh masuk ke dalam Wad bersalin dan melihat wajah isteri nya begitu pucat...

                                    "...Sayang..abang datang...sayang kuatkan diri yer..abang ader nie kat sisi sayang..."

                                    "...Encik...isteri encik mesti teran bayi nie..kalau tak..ini akan membahayakan kedua dua nyawa..isteri encik nak tunggu encik sampai...darah semakin banyak mengalir..kedudukan bayi pula kami kena laraskan sebab tu kami perlukan isteri encik meneran..."

                                    "..sayang..kenapa tunggu abang....jangan bahayakan diri macamnie yer sayang...abang tak kisah jika tak tengok anak kita dilahirkan..yang penting dua2 selamat..sayang teran sekarang yer..."

                                    "...sayang tunggu abang..sayang nak abang disisi sayang..."

                                    Bisik Saidatul pada Syukhri...dahi nya dikucup dan Syukhri mengenggam erat tangan isteri nya..terasa dingin sekali....
                                    Sayup2 kedengaran esakan tangis bayi perempuan yang dilahirkan....tepat pukul 7:13 am tarikh 15 Februari 2011....bayi seberat 2.54Kg selamat dilahirkan....



                                    "....Dok..tekanan makin turun..darah semakin banyak mengalir...."

                                    Kelihatan Doktor dan Jururawat mundar mandir...terbit kerisauan dalam hati Syukhri..Isteri nya pengsan setelah selamat melahirkan anak mereka...

                                    "...Ya Allah...lindungi isteri dan anakku...."

                                    "...Encik..sila tunggu di luar sebentar..."

                                    Syukhri melangkah keluar meninggalkan isteri dan anak nya...kelihatan abah dan ummi menghampiri Syukhri dan bertanya..

                                    "...Syukh..camna anak ummi..cucu ummi?...."

                                    "...alhamdulillah..semua selamat setakat nie ummi..dapat baby girl...comel sgt ummi..."

                                    "..iyer ke..Alhamdulillah..dapat cucu perempuan...kita dah jadi atuk dan nenek kan bang..."

                                    "...iyer lah kita nie naik pangkat lagi..ehemm..bila dah naik pangkat nie..nak pula tambah cawangan..."

                                    "..abang jangan nak macam2 yer..nie ader yang kena masuk ICU karang nie..."

                                    "...abang gurau jer lah ummi oii..."

                                    Doktor melangkah keluar dari wad dan membawa khabar kepada Syukhri dan mertua nya...

                                    "...Encik Syukhri...anak encik tak apa2 dan berada dalam keadaan sihat..cuma isteri encik banyak kehilangan darah..dek kerana kedegilan nya menangguh proses kelahiran kerana ingin menunggu Encik Syukhri datang...kami telah cuba sedaya upaya kami agar menstabilkan keadaan isteri encik selepas bersalin tadi...dan kami.."

                                    Belum sempat doktor menghabiskan ayat......

                                    "..Ya Allah...atul..kenapa sanggup menyeksa diri kerana abang..."

                                    Tanpa dipinta...airmata jatuh berguguran...Syukhri terjelepuk di atas lantai..tak daya menahan kesedihan...

                                    "...err...encik..kenapa encik menangis...?izinkan saya habiskan ayat saya..kami telah stabilkan keadaan isteri encik..Allhamdulillah..dia selamat..."

                                    Syukhri seakan kembali ke dunia nyata...Gembira hati bila mendengar khabar gembira...

                                    "...Alhamdulillah..terima kasih doktor....Ya Allah..terima kasih kerana Kau telah selamatkan isteri dan anakku...."

                                    Syukhri dan mertua nya masuk ke dalam wad untuk menjenguk Saidatul...Saidatul baring sambil memerhati anak nya yang lena di tepi katil nya...Syukhri lantas menghampiri bayi nya dan melaksanakan kewajipan sebagai seorang ayah terhadap anak yang baru dilahirkan..setelah itu Syukhri menghampiri isteri nya dan mengenggam erat tangan isteri nya...

                                    "...sayang..kenapa sanggup menyeksa diri kerana abang...abang risau bila sayang macam nie..tadi abang ingatkan abang telah kehilangan isteri abang nie...abang tak sanggup bila harus kehilangan sayang..."

                                    "...abang...saat abang lafazkan 'aku terima nikahnya'...atul telah berazam akan menjadi isteri yang solehah untuk abang..akan atul jaga perasaan abang..maruah abang...diri abang...atul pelihara sebaik mungkin..dan tak mungkin atul kecewakan permintaan abang bila abang teringin melihat sendiri detik lahir nya anak kita...atul sayangkan abang.."

                                    "..Ya Allah atul...atul seorang isteri yang sangat baik..abang bersyukur dapat isteri seperti atul...besar pengorbanan atul...InsyaAllah..abang takkan sia2 kan atul..abang sayang atul..abang tahu abang tak silap bila abang masuk meminang atul..walaupun abang hanya melihat atul sekali dan terjatuh cinta pandang pertama..."

                                    "....terima kasih bang..."

                                    "..terima kasih juga sayang..atas pemberian Nour'el Ain"

                                    "...Nour'el Ain..?..."

                                    "..iyer sayang..kan dah janji..jika perempuan abang yang bagi nama..itu lah nama anak kita...Nour'el Ain binti Mohammad Syukhri..."

                                    "...manis nama nyer bang..."

                                    "...mmm...semanis ibu nyer..comel sangat..."

                                    "..ishh..takde..takde..semanis dan secomel tok wan dan nek wan dia lah.."

                                    Abah dan ummi Saidatul menyampuk setelah puas mendukung cucu mereka...
                                    ketawa berderai antara mereka...Syukhri memeluk erat isteri nya..dan mengucup lembut dahi isteri tercinta...

                                    Sungguh..cinta selepas nikah lebih suci...saat terlafaz 'aku terima nikahnya'....
                                    SETIAP KARYA DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK :: WARKAH SEKEPING HATI