Assalammualaikum...
^_^
Alhamdulillah..disebabkan
ramai yang bertanya pada ana...macam mana ana dapat hidayah..disini ana untai
kan kisah ana...moga bermanfaat buat sahabat2...
Cerita nya begini..ingat isu penggunaan kalimah Allah pada
tahun 2011 kalau tak silap ana…
sebelum timbul isu tu ana masih beragama kristian..tetap dan
teguh dengan pegangan agama kristian...ana seorang sister junior kat gereja...mengajar
kanak2 tentang bible dan doa2 harian kat gereja...setiap ahad tak pernah
tinggal untuk pergi ke gereja..walau terpaksa redah hujan dan
panas..namun...ana mulai goyah bila isu tu timbul...
bila timbul isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible...ana
mula fikir... "salah ke kalau bible guna kalimah Allah" setahu ana,
penggunaan kalimah tu dah lama..sejak dulu lagi...cuma sekarang baru
timbul...ada pihak kata Islam tu benar..dan ada yang kata Kristian tu
benar...ana mulai ragu..
Sebenar nya...ana tertipu dalam kebenaran kristian...Semasa
ana mendalami bible..ana fahami Jesus(nabi Isa A.S) tak pernah mengatakan diri
nya adalah tuhan..bah kan tiada satu ayat atau kata sekalipun yang mengatakan
dia adalah Tuhan...ana menyangka kristian percaya bahawa Tuhan itu satu dan
Jesus ada perantara untuk menyebarkan dakwah dan agama kristian itu
sendiri..ana menyangka bahawa kristian dibawa oleh Jesus(Nabi Isa A.S) mana
kala Islam dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dan Tuhan tetap satu...
namun rupa nya selama nie kristian percaya bahawa Jesus itu
Tuhan..
ana mengetahui kebenaran tu pada malam kejadian..ana tak
ingat tarikh nya...ana jumpa dalam satu blog...tentang perbandingan Al-Quran
dan Bible..di situ ada tertulis tentang Jesus(Nabi Isa A.S)...ternyata lain
sungguh kebenaran tentang Kelahiran,kehidupan Jesus(Nabi Isa A.S) dalam
Al-Quran berbanding dengan bible...
ana tekad mencari lebih banyak lagi maklumat kerana ana
ingin kan kebenaran...ana juga inginkan syurga..itu yg ana fikir waktu tu...
akhir sekali..ana jumpa lagi satu blog yg membuatkan ana
menjatuhkan airmata dan bertekad untuk masuk Islam..
dalam blog ada menyatakan bahawa "kristian itu percaya
Jesus adalah Tuhan"..
ana bangkang penyataan tersebut..cakap sorg2 depan laptop
"tak..Jesus bukan Tuhan..Tuhan hanya satu..Jesus bukan Tuhan....bible pon
tak cakap macam tu..."ana memang percaya dari kecil lagi Tuhan hanya satu
cuma ana tak kenal sapa Tuhan..
ana skroll hingga bawah....blog tu tulis lagi...
....blog tu arahkan supaya buka buku 'sembiang mass' (buku
doa dalam bahasa iban untuk digunakan dalam gereja setiap ahad) muka surat nya
ana tak ingat...
blog tu tulis bahawa pada muka surat tu ada tertulis
"Tuhan Jesus"...ana tak puas hati..ana terus capai kat rak dan terus
buka...bila ana buka...ana menangis..airmata ana mengalir....tak sangka buku
yang ana baca setiap pagi kat gereja ada tertulis bahawa Jesus tu Tuhan..ana
buta hati dan buta mata selama nie hingga ana tak menyedari....sedangkan buku
tu ana baca tiap2 minggu di gereja...malam tu ana mengetahui kebenaran dan ana
menangis semahu nya kerana ana rasa bersalah sangat kerana telah 'menduakan'
Tuhan..walaupun ana waktu itu belum mengenali siapa tuhan sebenarnya..(Allah
SWT)
itu bagaimana ana mendapat hidayah... dan perasaan ana untuk memeluk islam makin
kuat bila ditambah dengan mimpi2 yang datang dan timbul perasaan rindu untuk
solat bila dengar Azan..
Ana juga pernah didatangi beberapa mimpi…mimpi
yang paling ana tak dapat lupa kan di mana…ana pada ketika itu sedang
sakit..hanya mampu terbaring lumpuh tak berdaya..dan dalam mimpi tu ana
niat..jika ana mati…ana nak ucap dua kalimah syahadah…dan tiba2 ana nampak kelibat
seorang lelaki..lelaki tersebut pakai jubbah putih dan berkopiah..lelaki itu
menghampiri ana..
ana takut sangat ketika itu..tiba2 lelaki tu berhenti..dia menyeru sambil mengangkat tangan kiri nya… “wahai para malaikat..jangan kau ambil nyawa manusia ini hingga dia ucap dua kalimah syahadah”… mendengar suara lelaki tersebut membuat kan ana takut..suara nya nyaring dan bergema…ana cuba melihat wajah nya namun ana tak Nampak dengan jelas…lelaki tersebut terus menghampiri ana dan duduk bersila di tepi ana yang tengah terbaring… “ikut saya…Asyhadu allailaha illallah..wa asyhadu anna muhammadar rasulullah…Aku mengaku tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah..” lelaki tersebut mengajar ana bagaimana nak ucap dua kalimah syahadah..ana ikut dengan baik apa yang lelaki itu sebut..setelah ana selesai mengucap dua kalimah syahadah..tiba2 ana dapat bangun dan sembuh..ana terus bangkit duduk…dan ana toleh kembali ke tepi sebelah kanan ana..tapi lelaki tersebut telah hilang…itu lah mimpi yang ana tak dapat lupakan..dan banyak lagi mimpi lain yang ana alami…Cuma di sini ana mampu ceritakan salah satu nya..