Ahlan Wasahlan~Selamat datang ke dalam blog saya yang tidak seberapa ini ^_^
Ana aasif.. ^_~

Tegur jika salah...
Nasihat andai khilaf...

Syukran Jazeelan...

Friday 30 November 2012

UPACARA DI PADANG MAHSYAR




Di padang mashyar nanti bendera-bendera dipasang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan di bawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh :-

(1)   LIWAUS SHIDQI (Bendera Kebenaran) dikibarkan oleh Saidina Abu Bakar as-Sidiq r.a. bagi semua orang yang benar dan jujur akan berada di bawah bendera tersebut.

(2)   BENDERA FUWAHA' untuk saidina mu'adz bin jabal r.a. bagi semua orang yang alim fiqih akan berada dan berbaris di bawah bendera panji-panji ini.

(3)   BENDERA ZUHUD untuk Abu Dzarr r.a. bagi semua manusia yang menjiwai dan membudi daya dengan zuhud akan berada di bawah bendera ini.

(4)   BENDERA DERMAWAN untuk Saidina Osman bin Affan r.a. bagi para dermawan akan berada di bawahnya.

(5)   BENDERA SYUHADA untuk saidina ali r.a. bagi setiap orang yang mati syahid sama berbaris di bawah bendera ini.

(6)   BENDERA QURRA' untuk ubayya bin ka'ab r.a. bagi para qari' sama berbaris di bawah bendera panji-panji ini .

(7)   BENDERA MU'ADZIN untuk Bilal r.a. bagi para mu'adzin akan berada pada barisan di bawah bendera ini. Bendera orang-orang yang dibunuh dengan aniaya untuk saidina Husain r.a. Bagi orang-orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera ini.

ORANG-ORANG YANG DAPAT BERTEDUH DI PADANG MAHSYAR
Di waktu panas yang maha sangat di padang Mahsyar di hari kiamat, tentulah para manusia menjadi bingung dan menggelabah ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata : "Ke mana tempat lari?". Dalam Al-Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah s.w.t.: "Pada hari itu manusia berkata: "Kemana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (Al-Qiyamah : 10-11) tetapi dengan kehendak Allah s.w.t akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah s.w.t dan naungannya. Rasulullah bersabda : "Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya ialah :-

(1)        Penguasaan pemimpin yang adil.
(2)        Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.
(3)        Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.
(4)               Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul
            dan berpisah kerana Allah.
(5)               Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya akau takut kepada Allah".
(6)               Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.
(7)               Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi,hingga kedua matanya
mencucurkan air mata." (Iman Bukhari & Muslim)


JENIS-JENIS HUKUMAN DAN SEKSAAN DI NERAKA

Betapa hebatnya hukuman dan seksaan yang akan ditimpa kepada manusia-manusia yang penuh dosa dan kesalahan, durhaka dan kemaksiatan, serta segala pelanggaran-pelanggaran dan kejahatan yang mereka lakukan di dunia (selama hidup). Di akhiratlah mereka menjalani hukuman berupa seksa yang sangat pedih. Seksaan yang mereka deritai dalam neraka itu bermacam-macam sekali, sebagaimana yang difrmankan Allah seperti berikut :-

(1)               Firman Allah s.w.t : "Dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka,
lambung dan punggung mereka." (At-Taubah:35)

(2)               Firman Allah : "Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, supaya mereka
diseret, kedalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api."(Al-Mukmin71-72)

(3)               Firman Allah : "Peganglah dia kemudian seretlah dia ketengah-tengah neraka. Kemudian
tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia." (Ad-Dukhan: 47-49)

(4)               Firman Allah bermaksud : "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya kelehernya.
Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta." (Al Haaqqah : 30-32)

(5)               Termasuk seksaan neraka ialah orang kafir." Firman Allah : "Maka orang kafir akan
dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka, disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka. Dan cambuk-cambuk dari besi. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, maka mereka dikembalikan kedalamnya, (serta dikatakan kepada mereka): "Rasailah azab yang membakar ini." (Al Hajj : 19-22) ALLAH.


Wednesday 28 November 2012

Air Mata Di Malam Pertama




Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.



Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.

Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
"Ana dah jadi isteri! " Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

"Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti."Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

"Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti"Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

"Assalamualaikum!" Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
"Sayang"..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.
"Abang".. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.
"Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.."Bisikku perlahan. " Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia." Janjinya padaku.

Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.
Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.
Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.

Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
"Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana".Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.

"Apa dia ayah, mak? Macam penting je" Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.
"Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana."
"Apa!!!"Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?" Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

"Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?"Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

"Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. "Ujar mak setelah sekian lama membisu.
"Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya."Terang ayah lagi.
"Ana.." Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.
"Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.";

"Ini cincinnya, pakailah." Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.
"Ahhhhgggg..."Keluhku sendirian. Aku dalam dilema. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

"Nanti kita kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah satu agenda yang tidak boleh dilupakan.
Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwuduk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.

Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."
Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.
"Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
"Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang."Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

"Abang nak kemana tu?"Soalku.
"Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi."Jawabnya.
"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.
"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.

"Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.

Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.
"Bila Ana turun?" Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.
" Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."
"Maafkan abang sayang." Dia menghampiriku.
"Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.
"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita." Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.
"Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang."Jawabnya tersenyum.
"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi."
"Betul ni?"Soal suamiku cepat-cepat.
"Ish..;gatal la abang ni!" Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

"Apa yang Ana menungkan ni?"Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.

"Alaa..sayang ni, macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.
"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
"Sayang..." Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.

"Sayang nak honeymoon kat mana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.
"Ana ikut aje ke mana abang nak bawa."
"Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.
"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.
"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda.
"Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?"

"Ish...abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.
"Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."
"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelasanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.
"Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil.
"Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.

Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

"Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."
"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.
Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.
" Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?" Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terbaik untuk soalan suamiku itu.
"Habis tu apa yang sayang menungkan ni?"
Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.
Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
" Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
" Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.." Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

" Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! " Bisiknya.
Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

" Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.
Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
" Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.
" Pasal peminangan tu." Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
" Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.
" Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.
" Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

" Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.
" Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

" Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
" Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.
" Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.
Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.
Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

"Bang...."Seruku.
"Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.
"Malam ni abang nak.....nak....."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya... " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum.
"Ah..abang ni..."Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.
"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku.
" Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut kehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:
"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."
Rasulullah bersabda:
"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu."
Rasulullah bersabda:
"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.
"Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.
"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.
"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.
"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.

Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.
Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas berwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.
"Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya.
" Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."
"Zul sakit ke?" Tanya ayah.
"Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya.
"Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak.
"Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.

Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.
"Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk.
"Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang."
" Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."
"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."
"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah."Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.
"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.
"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang ye"
"Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan.
"Abang tidurlah." Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.

Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.
" Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.
Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.
Amin..

PESANAN BUAT MUSLIMAH/UKHTI







Ini adalah sebuah warkah buat segenap ukhti yang beriman kepada Allah dan hari akhir. Buat segenap wanita… baik sebagai ummi, ukhti, istri maupun binti…yang oleh Allah Ta’ala telah diberi amanah memelihara tanggung jawabnya masing-masing… niscaya di hari kiamat kelak akan menanyakan apa yang menjadi tangggung jawab anti semua.
          Buat segenap remaja putri yang mengimani Allah… buat siapa saja yang hari ini menjadi ukhti… kemudian esok bakal menjadi istri dan selanjutnya menjadi ummi.
Wahai wanita yang mengimani Allah sebagai Rabb-nya, Islam sebagai dien-nya dan Muhammad sebagai nabi serta rasulnya. Mudah-mudahan engkau pernah membaca seruan nan luhur dari Allah: “Hai istri-istri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan suara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap berada di dalam rumahamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya… (Al Ahzab: 32-33)
Itulah seruan Allah kepada siapa saja yang memahami firman-Nya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan wanita yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang saiap yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata. (Al Ahzab: 36)
Wahai ukhti… bacalah dan jangan terperdaya. Engkau hidup di zaman dimana kehinaan telah menguasai keutamaan. Karena itu berhati-hatilah terhadap mode-mode busana menyolok para wanita telanjang, mode-mode yang menjadi salah satu penyebab kejahatan dan kerusakan.
Wahai ukhti… janganlah engkau terperdaya oleh para dajjal, turis-turis yang menyerukan tabarruj dan buka-bukaan. Mereka adalah musuh-musuhmu wahai putri Islam-khususnya- dan musuh para kaum muslimin pada umumnya.
Wahai ukhti… sebenarnya Allah telah menurunkan ayat-ayatNya yang telah jelas, supaya dengan melaksanakan tuntunan-tuntunan syari’at yang ada di dalamnya, engkau menjadi terpelihara dan tersucikan dari kotoran-kotoran jahiliyah yang hari ini, musuh-musuh Islam, para penyeru kebebasan, berusaha keras untuk sekali lagi mengembalikan kaum wanita ke abad jahiliyah dengan bersembunyidi bawah cover Peradaban, Modernisasi dan Kebebasan.
Namun sebenarnya orang-orang gila itu lupa dan tidak pernah memperhatikan bahwa wanita muslimah tidak mungkin akan dapat menerima pembebasan dirinya lepas dari pengabdiannya kepada rabb-Nya untuk kemudian jatuh menjadi mangsa bagi budak-budak tentara iblis.
Wahai putri Islam…para penyeru tabarruj dan buka-bukaan amat berambisi untuk melepaskan hijabmu, mereka berlomba-lomba ingin mengeluarkanmu dari rumah-rumahmu dengan dalih emansipasi.
Sayang seribu kali sayang, ternyata banyak wanita yang telah keluar rumah dengan pakaian yang menampakan ketelanjangannya (berpakaian tapi telanjang). Mereka berjalan berlenggak-lenggok, sanggul kepalanya seperti punuk onta, menggugah kelelakian kaum lelaki dan membangkitkan letupan-letupan nafsu seksual yang mestinya terpendam.
Wahai putri fitrah… janganlah engkau tertipu dengan semboyan peradaban yang sebenarnya hanya akan menjajakan wanita sebagai barang dagangan yang ditawarkan kepada siapa saja yang menghendakinya. Jangan pula engkau tertipu dengan tipu daya yang tak tahu malu. Allah berfirman: “Dan jika kamu mengikuti kebanyakan manusia yang ada di muka bumi niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah, tidaklah mereka mengikuti melainkan hanya persangkaan belaka dan tidaklah mereka melainkan hanya berdusta.(Al An’am: 116)
Pada busana sebatas lutut engkau bergegas? Demi Allah, sungai manakah yang kan engkau seberangi ?
Seolah pakaian masih panjang di pagi hari
Namun kian tersingsing saat demi saat
Engkau sangka kamu laki-laki itu tanpa rasa ?
Sebab engkau mungkin tak lagi punya rasa ?
Tidak malukah engkau terhadap pandangan-pandangan mata itu ?
Aduhai ukhti… ! bacalah dan jangan terperdaya! Malukah engkau untuk bertaqwa dan berbusana iman ? Sementara engkau tiada malu untuk bertabarruj dan buka-bukaan ?
Wahai ukhti…, adakah akan merugikanmu penghinaan kaumjuhala (orang-orang yang bodoh) itu selama kita berada di atas al haq sedang mereka di atas al bathil ?
Tidakkah engkau dengar firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang dahulunya di dunia menertawakan orang-orang yang beriman. Dan bila orang-orang yang beriman lewat di hadapan mereka mereka saling mengedip-edipkan matanya. Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali dengan gembira. Dan jika  mereka melihat orang-orang mukmin mereka berkata: ‘Sungguh mereka itu benar-benar orang yang sesat’, padahal orang-orang yang berdosa itu tiada dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mukmin. Maka pada hari ini, orang–orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir, mereka duduk di atas dipan-dipan sambil memandang. Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Al   Muthafifin: 29-36)
Wahai ukhti… siapa yang kelak tertawa di akhirat niscaya dia akan banyak tertawa.
Atau engkau pernah berfikir bahwa hijabmu itu akan menghalanginya untuk mendapatkan seorang suami?
Hai ukhti… Demi Allah! Pikiran itu hanyalah waswasah (bisikan) syetan.
Tidakkah engaku tahu bahwa Allah telah menetapkan bagi wanita pasangannya masing-masing? Maka karena itu dengarkan firman-Nya: “Perempuan-perempuan buruk (jahat) untuk pasangan laki-laki yang buruk (jahat). Laki-laki yang buruk untuk pasangan perempuan-perempuan yang buruk pula. Dan perempuan-perempuan yang baik untuk pasangan laki-laki yang baik untuk pasangan perempuan-prempauan yang baik.” (An Nur: 26)
Oleh sebab itu mestinya engkau jangan ridha kecuali jika menjadi pedamping seorang suami yang baik, yang berpegang teguh pada ajaran diennya dan selalu merasa diawasi oleh Rabbnya.
Suami seperti inilah yang engkau bakal merasa aman bagi jaminan hidup masa depanmu. Lihatlah! Di sana banyak sekali putri-putri sebangsamu yang terjebak dalam tipu daya kehidupan Romantisme dan Cinta menyesatkan. Ternayata banyak di antara mereka kemudian gagal dalam menempuh jalan hidupnya…. Begitu tragis.
Allah berfirman: “…barang siapa yang bertqwa kepada Allah niscya Allah butakan baginya jalan keluar dan niscaya Dia akan memberinya rizki dari jalan (arah) yang tiada disangka-sangkanya.” (At Thalaq: 2-3)
Tapi bagaimanakah engkau sanggup berbusana seperti ini di tengah musim panas dan teriknya sengatan matahari ?
Wahai putri fitrah… sesungguhnya di dalam iman terdapat rasa manis bagi jiwadan rasa tentram bagi dada. Kalau engkau tahu bahwa neraka jahannam itu lebih panas niscaya segala rasa panas dunia akan, menjadi ringan bagimu.
Ketahuilah, sungguh seringan-ringannya orang yang disiksa di neraka pada hari kiamat aialah seseorang yang di bawah telapak kakinya diletakkan sepotong ‘bara’ dari api neraka, tetapi dari sepotong bara di bawah kakinya itu kan mendidih otaknya…
Waspadalah akan godaan-godaan setan. Dengan demikain apakah gerangan yang menyebabkanmu berpaling dari seruan Allah? Dunia dan perhiasannyakah …?
Bacalah firman-Nya: “Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permaianan, perhiasan dan bermegah-megahan anatar kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanam-tanamannya itu mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya menjadi kuning kemudian manjadi hancur. Dan akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunaan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenagan yang menipu.” (Al Hadid: 20)
Atau adakah engaku kini sedang bergembira ria dengan para pemuda dan dengan dunia kecantikan, seraya engaku katakana: “Nantilah saya akan berhijab kalau umurku sudah tua” ?
Ketahuilah –semoga Allah menunjuki kita semua- bahwa apa yang engku gembirakan itu adalah nikmat Allah sebab; “Apa-apa yang ada padamu dari suatu nikmat maka ia adalah datangnya dari Allah.”(an Nahl: 53)
Mestinya engkau wajib bersyukur kepada Allah dengan cara mentaati-Nya.
betapa banyak remaja yang hari-harimnya penuh tawa…
padahal kain-kain kafan t’lah siap untuknya
sedang ia tak mengira betapa banyak temanten putri dihias ‘tuk sang suami tiba-tiba nyawa melayang di malam taqdir
Wahai ukhti… kembalilah segera kepada nilai-nilai dan prinsip Islam, niscaya harga diri dan kehormatanmu akan terjaga di hadapan siapa saja. Angkatlah kemuliaanmu wahai ukhti dengan cara menutup aurat dan berhijab. Semoga Allah memberi taufik kepada kita semua untuk bisa melakukan apa yang dicintai dan diridahi-Nya. Akhirnya akau memohon pada Allah agar Ia menjadikan amalan kita ikhlas karena wajah-Nya.



Monday 21 May 2012

Hikmah Kesengsaraan Seorang Ibu


Semasa kerajaan Bani Umaiyah berkuasa di bawah pemerintahan Khalifah Mu'awiyah bin Abu Sufyan, terdapat seorang janda daripada keturunan Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam. Dia mempunyai tiga orang anak perempuan yang masih kecil dalam kedaaan hidupnya sangat dhaif dan menyedihkan.

Pada suatu hari anak-anaknya menangis tidak berhenti-henti, kerana tidak tahan lagi menanggung kelaparan. Sudah puas ibunya memujuk menyuruh bersabar namun anak-anak itu terus menangis dengan kuatnya.

"Tunggulah sampai besok nak, nanti ibu akan pergi ke pejabat kadi bertemu tuan hakim meminta sesuatu daripada harta Baitulmal' mudah-mudahan dia menghulurkan sedikit bantuan untuk kita. " Ujar ibu itu berjanji mengharapkan anak-anaknya akan diam.

Maka pada keesokan harinya, pagi-pagi lagi ibu tadi beserta anak-anak itu datang ke pejabat tuan hakim. Setelah agak lama menunggu, barulah tuan hakim datang. Melihat ibu dan anak-anak kecil berada di hadapan pejabatnya, tuan hakim bertanya :

"Ada apa kamu sekalian menunggu di sini ?"

"Tuan Hakim ! Kami sudah lama tidak menjamah makanan. Saya sendiri boleh tahan, tapi anak-anak kecil ini tidak sanggup menahan lapar, jadi kami datanglah ke mari moga-moga Tuan dapat memberikan sedikit sedekah kepada kami." Kata ibu tadi mengharap belas kasihan daripada tuan hakim itu.

"Baiklah, hari ini kembalilah dulu ! Besok aku akan berikan kamu sesuatu," tegasnya.
Wajah ibu itu ceria sedikit bila mengetahui bantuan yang diharap-harapkan itu akan diterimanya esok. Tapi bila memikirkan keadaan anak-anaknya yang sedang kelaparan itu maka timbul di hatinya untuk merayu kepada tuan hakim itu supaya bantuan itu diberikan pada hari itu juga.

"Tuan Hakim ! Terima kasih banyak di atas pertimbangan Tuan yang baik itu, tapi alangkah baiknya kalau bantuan itu diberikan sekarang ini juga kerana anak-anakku sedang kelaparan." Ibu itu merayu.

"Sudahlah, bukankah aku sudah katakan besok saja, aku baru saja datang, takkan hendak menyelesaikan urusan kamu dahulu. "Sergah tuan hakim sambil minta si ibu itu keluar dari biliknya.

Ibu itu menarik tangan anaknya untuk pulang, namun anak yang tidak mengerti itu lebih kuat lagi tangisannya kerana dillihatnya tidak ada sesuatu yang diberikan oleh tuan hakim itu.

Tuan hakim tak bagi kita apa-apa ibu? "Tanya anaknya yang agak besar itu."

"Tuan hakim sibuk hari ini nak, besok dia akan berikan sesuatu kepada kita." Pujuk si ibu.

Pada malam itu dia terpaksa mencari jalan untuk mententeramkan anak-anaknya agar tidak terus menangis dan meyakinkan bahawa mereka pasti dapat bantuan daripada harta Baitulmal pada keesokan harinya. Namun anak-anak yang belum faham itu terus bertanya kenapa mesti kena tunggu besok kalau tuan hakim betul-betul mahu bantu. Bagaimanapun akhirnya mereka semua tertidur di dalam keadaan perut yang kosong.

Pada keesokan paginya , ibu itu pergi seorang diri ke pejabat tuan hakim sementara anak-anaknya ditinggalkannya di rumah.

"Assalamualaikum Tuan Hakim, " ibu itu memulakan bicaranya.

"Ah, pagi-pagi buta begini engkau sudah sampai ke mari, ada apa ? "Bentak tuan hakim pura-pura bertanya.

Bukankah Tuan Hakim suruh saya datang hari ini kerana bantuan yang Tuan janjikan iru ? Kata ibu itu.

"Bantuan yang aku janjikan ? Eh... aku tak pernah berjanji kepada sesiapa pun." Kata tuan hakim dengan nada sombong.

"Bukankah saya yang datang kelmarin dengan anak-anak dan Tuan hakim menyuruh...."

Belum sempat ibu itu menghabiskan bicaranya untuk mengingatkan tuan hakim tentang janjinya, tiba-tiba tuan hakim dengan nada keras dan suaranya yang tinggi memerintah pengawalnya.

"Hei pengawal ! Halau perempuan ini dari sini."

"Wahai Tuan hakim! kenapakah tuan bersikap zalim begini ?" Kata ibu dengan marah.

"Ah.... pergi saja dari sini, jangan bising-bising, buang masa saja." Perintah Tuan hakim.

Dengan penuh perasaan malu, ibu itu keluar dari pejabat tuan hakim sambil menahan tangisannya. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya rendah dan hina seperti seorang pengemis yang sudah tidak punya pendirian lagi. Dia tahu dirinya dari keturunan mulia, dari anak cucu Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam yang mesti menjaga harga diri.

Ibu itu cepat-cepat meninggalkan tempat itu dengan fikirannya yang berkecemuk memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya.

"Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu di rumah ? Aku katakan tuan hakim itu telah memungkiri janjinya ? Manalah anak-anak kecil itu tahu alasan-alasan seperti itu. " Bisik ibu itu di dalam hatinya.

Dia kemudian memesongkan kakinya ke haluan jalan di mana terdapat sederetan rumah-rumah buruk yang sudah tidak berpenghuni lagi dan duduk di salah satu anak tangga di situ. Dia terus menangis sekuat-kuat hatinya sambil mengeluh : "Wahai Tuhanku! Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu? Aku tidak sanggup lagi melihat mereka menangis kerana kelaparan. Aku tidak dapat menipu mereka lagi dengan alasan-alasan yang tidak benar ! Tuhanku ! Berilah aku jalan keluar daripada kesempitan ini! Aku sendiri pun sudah tidak larat lagi menanggungnya, apatah lagi anak-anakku yang kecil yang belum tahu apa-apa pun!" Ibu itu mengadu kepada Allah.

Ibu itu terus menangis dan merintih mengenangkan kesempitan hidupnya yang selalu sangat di dalam kelaparan dan dipandang hina oleh masyarakat setempat.

Sedang dia menangis tiba-tiba lalu dihadapannya dua orang pemuda yang kebetulan tadi
sempat mendengar keluhan dan tangisannya, lalu menegur.

"Wahai ibu, jangan takut.... kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya pemuda itu.

"Wahai orang muda, kamu siapa ? Dan kenapa kamu datang ke sini ? "Ujar ibu itu pula sambil mengesatkan airmata dengan tangannya.

"Nama saya Saiduq, berbangsa Nasrani dan beragama Masihi. Semua orang kenal saya di sini, dan ini pengawal saya. "Kata pemuda itu sambil menunjukkan pengawalnya.

"Saiduq, saudagar Nasrani yang kaya raya itu ke ? "Tanya ibu itu yang pernah mendengar cerita tentang kekayaan Saiduq sebelum ini.

Kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya Saiduq tanpa menghiraukan pertanyaan ibu itu.
Tak ada apa-apa. "Jawab ibu itu cuba menyembunyikan.

"Tak ada apa-apa takkan menangis ? Cuba ceritakan ! "Desak Saiduq lagi.

Setelah didesak berkali-kali akhirnya ibu itu pun menceritakan nasibnya yang malang itu dan bagaimana dia hidup menderita kesusahan menanggung tiga orang anaknya yang masih kecil.

Diceritakan juga apa yang berlaku di antaranya dengan tuan hakim yang sombong itu.
"Saya faham, ibu jangan menangis lagi ! "kata Saiduq.

Kemudian Saiduq menyuruh perempuan itu kembali dulu ke rumah dan menunggu bantuan yang akan dikirimkan kepadanya lalu memanggil pengawalnya dan berkata :

"Pengawal ! Berikan perempuan itu seribu dinar (nilai yang sangat tinggi waktu itu). Kemudian belikan dia dan anak-anaknya pakaian dan segala keperluan rumahnya sekarang juga! "Perintah Saiduq.

Ibu itu terkejut melihat seorang Nasrani yang begitu murah hati terhadap orang yang susah dan menderita sepertinya. Dia tidak dapat mengatakan betapa terima kasihnya terhadap orang yang bertimbang rasa itu. Meskipun dia bukan seorang muslim, namun dia tetap seorang manusia yang mempunyai perasaan terhadap insan yang lain.

Orang suruhan Saiduq itu segera pergi ke pasar untuk membeli makanan, buah-buahan dan segala keperluan dapur yang diperlukan oleh sebuah rumah, di samping pakaian untuk ibu dan anak-anaknya. Kesemuanya disampaikannya pada hari itu juga.

Anak-anaknya bergembira melihat barang-barang yang belum pernah dilihatnya seumur hidup. Ibu itu juga turut gembira, dan mulai hari itu dia tidak menangis lagi. Dalam tangannya sudah ada serbu dinar yang cukup untuk menjamin hidupnya dua atau tiga tahun lagi.

"Sampaikan salam ku kepada Saiduq serta ucapan terima kasih banyak kepadanya", kata ibu itu kepada pengawal tersebut.

Kemudian ibu itu pun berdoa kepada Allah: "Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Berikanlah si Saiduq itu taufiq dan hidayat untuk memeluk Islam, dan berikanlah dia daripada kenikmatanMu di syurga!"

Sementara itu pada suatu malam tuan hakim yang sombong itu telah bermimpi melihat seolah-olah dia sedang berada di Hari Kiamat. Manusia terlalu sibuk waktu itu, masing-masing mencari perlindungan mengikut amalan di dunia. Tuan hakim dibawa malaikat menuju ke syurga. Kemudian di dalam syurga itu dia dibawa masuk ke dalam sebuah gedung besar yang tinggi, indah permai penuh dengan ukiran mas merah, tingkapnya daripada mutiara putih yang berkilau-kilauan. Di suatu tingkap di situ berdiri sekumpulan bidadari yang bercahaya lebih terang daripada cahaya matahari, dan lebih menarik dan cantik daripada cahaya bulan.

Apabila tuan hakim tiba disitu, semua bidadari itu bertempik di mukanya: "Orang yang tidak tahu diuntung ! Orang yang dalam kerugian ! Dulu kami semua adalah kepunyaanmu, dan gedung ini pula adalah milikmu. Tetapi sekarang sudah bertukar, alangkah malangnya nasibmu. Semuanya ini, termasuk kami bidadari akan menjadi hak milik Saiduq, seorang berbangsa Nasrani itu. Sekarang pergi dari sini, kami bukan hak milik kamu lagi. Tempat yang layak bagi kamu adalah neraka." Kata suara tempikan yang sangat dahsyat.

Kemudian tuan hakim itu dibawa pula ke dalam neraka, dan ditunjukkan tempatnya di situ. Pada saat itulah tuan hakim itu tersedar daripada mimpinya. Dia terperanjat dan merasa takut sekali. Dia tidak dapat tidur pada malam itu sampai ke pagi memikirkan mimpinya yang menakutkan itu.

Pada keesokan paginya, tuan hakim bergegas ke rumah Saiduq. Saiduq berbangga kerana tuan hakim datang ke rumahnya.

Tuan Hakim masuk ke dalam rumahnya lalu bertanya: "Ada apa-apa tak kebaikan yang kau lakukan semalam? "Tanya tuan hakim.

"Saya memang suka membuat kebaikan," jawabnya. Kebaikan yang macam mana?
Tanya Saiduq kembali.

"Kebaikan apa saja, cuba terangkan!"

"Malam tadi saya menjamu kawan-kawan minum arak, dan saya minum lebih sedikit, maka saya mabuk, saya tidak ingat apa-apa." Saiduq memberitahu tuan hakim.

"Aku tidak mahu tahu dosa yang kau buat itu, yang aku maksudkan kebaikan apa yang kau buat untuk orang lain, cuba ingat," tuan hakim naik darah.

Setelah diingati betul-betul maka teringatlah Saiduq bahawa beberapa hari yang lalu dia telah menolong seorang perempuan dan anak-anaknya yang di dalam kesusahan dan kelaparan.

"Barangkali kebaikan yang aku lakukan terhadap seorang perempuan yang mempunyai tiga anak kecil jika tidak salah aku! "terang Saiduq.

"Ya...ya, itulah dia "pintas tuan hakim tidak sabar. "Apa yang kau berikan kepadanya ?"

"Apakah salah, jika aku berikan sesuatu kepadanya ? "Tanya Saiduq lagi.

"Bukan begitu, tetapi aku hendak tahu, apa yang kau berikan kepadanya, dan bagaimana kau boleh bertemu dengannya", kata tuan hakim lagi.

"Oh.... begitu ! Baiklah, mula-mula saya jumpa perempuan itu di deretan rumah-rumah yang roboh sambil menangis. Saya kasihan kepadanya, tanpa diminta saya berikan makanan, pakaian dan segala keperluannya serta anak-anaknya,"kata Saiduq sungguh-sungguh.

"Itu sajakah yang kau beri? "Tanya tuan hakim lagi.

"Ada lagi, "Jawab Saiduq.

"Apa dia? "Tanya tuan hakim memaksa.

"Saya beri dia seribu dinar untuk keperluan hidupnya. Saya berikan itu kerana Allah, saya kasihan kepadanya dan anak-anaknya,"Saiduq cerita kesemuanya.

Tuan hakim termenung sebentar kerana mengenangkan peristiwa yang berlaku antaranya dengan perempuan itu sebelum ini. Dihatinya sungguh menyesal perbuatannya yang angkuh itu yang menyebabkan beliau diperlihatkan bakal kehilangan segala-galanya di akhirat kelak.

"Tapi, saya ingin tahu juga apa sebabnya tuan hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini semata-mata hanya hendak bertanya perkara ini ? "Tanya Saiduq menduga.

Tuan hakim masih termenung, kemudian tunduk. Pada wajahnya ternyata seperti seorang yang sedang memikirkan sesuatu dan tampak sedih sekali.

"Begini Saiduq, malam tadi aku bermimpi yang sungguh menyedihkan. "Kata tuan hakim perlahan.

"Mimpi yang menyedihkan tuan ? "Saiduq terperanjat "Tapi apa kena mengenanya dengan diri saya? Tanyanya lagi.

Tuan hakim tidak punya pilihan lain, terpaksa menceritakan segala yang berlaku di dalam mimpinya. Dia menceritakan segala gedung dan bidadari-bidadari di syurga nanti yang asalnya menjadi miliknya telah bertukar menjadi milik Saiduq kerana semata-mata kebaikan yang dilakukan itu kepada seseorang yang memerlukannya.

Mendengar cerita itu, gementerlah badan Saiduq dan dengan tiba-tiba dia menghulurkan tangannya kepada tuan hakim, katanya :

"Tuan hakim ! Sekarang saksikanlah ...... bahwa saya menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahwasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, yang diutuskanNya membawa petunjuk dan agama yang benar."

Tuan hakim terpaksa menyaksikan keislaman Saiduq itu dengan hatinya sedih dan menyesal atas kelakuannya yang tidak berperikemanusiaan.

Malaikat Jibrail memperihalkan tentang Neraka kepada Nabi Muhammad S.A.W



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada

waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu Nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:

'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun dan namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang untuk orang Yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s..a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sungguh aku merasa begitu sedih apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka JahanamKu itu:

1. Mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum (pohon zarqum itu ialah pohon yang mempunyai buah berduri)

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Betapa dasyatnya neraka Allah, dasyat juga siksaan bagi para penghuninya. Mampunkah kita insan kerdil ini untuk menghadapi....? Sedangkan keperitan dunia yang sedikit umpamanya tercucuk duri pun sudah terasa peritnya, apatah lagi panasnya api neraka Allah.

Moga peringatan ini mampu menginsafkan kita. Berusaha dan berdoalah moga kita dijauhkan dari siksaan api neraka itu.

Wahai Allah...ampunilah dosa kami. Kami tidak layak untuk syurgaMu, tapi kami juga tidak mampu menanggung azab neraka Mu yang Maha Pedih. Justeru, ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah..
Aminn Ya Rabbil'alamin

Iblis Laknatullah berhadapan dengan Rasulullah S.A.W



Allah S.W.T telah memerintahkan Malaikat berjumpa Iblis Laknatullah supaya dia berjumpa dengan Rasulullah S.A.W untuk memberitahu segala rahsianya,samada yang disukai mahupun yang dibencinya.Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad S.A.W dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.Maka Malaikat itu pun berjumpa dengan Iblis Laknatullah dan berkata “Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasulullah SAW.Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah SAW,hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun,nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu,uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras”.

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu,Iblis Laknatullah sangat ketakutan.Maka segeralah dia menghadap Rasulullah S.A.W dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai,panjangnya seperti ekor lembu.Iblis Laknatullah pun memberi salam,sehingga 3 kali tetapi tidak dijawab oleh Rasulullah S.A.W.Maka Iblis Laknatullah berkata, “Ya Rasulullah! Mengapa kau tidak menjawab salam aku?Bukankah salam itu sangat mulia disisi Allah?”.Maka jawab Rasulullah S.A.W dengan marah: “Hai Aduwullah seteru Allah!Kepada aku engkau menunjuk baikmu?Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu nabi Allah Adam a.s sehingga keluar dari Syurga,Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau,

Nabi Allah Ayub a.s engkau tipu dengan asap beracun ketika dia sedang sujud bersembahyang hingga dia sengsara beberapa lama,kisah Nabi Allah Daud a.s dengan perempuan Urya,Nabi Allah Sulaiman a.s meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya’ dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.Hai Iblis Laknatullah!Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah Azza Wajalla,cuma salam engkau saja aku tidak menjawabnya kerana diharamkan oleh Allah S.W.T.Maka aku kenal baik-baik bahawa engkaulah Iblis Laknatullah,raja segala Syaitan dan Jin yang menyamar diri. Apakah niat engkau datang berjumpa aku?”.

Iblis Laknatullah berkata: “Ya Nabi Allah!Janganlah engkau marah,kerana engkau adalah Khatamul Anbiya’ maka engkau dapat kenal aku.Kedatangan aku adalah disuruh Allah S.W.T untuk memberitahumu segala tipu daya aku terhadap umatmu dari zaman Nabi Allah Adam sehingga akhir zaman.Ya Nabi Allah!setiap apa yang engkau tanya aku sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya,tiadalah aku berani sembunyikan”.Maka Iblis Laknatullah pun bersumpah dengan menyebut nama Allah S.W.T dan berkata “Ya Rasulullah!Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan aku menjadi abu”.

Mendengarkan pengakuan Iblis Laknatullah dan sumpahnya,maka Rasulullah S.A.W berasa sukacita dan merasakan inilah peluang keemasan untuk baginda menyiasat segala perbuatan Iblis Laknatullah dengan disaksikan oleh sekalian sahabat yang hadir di majlis berkenaan.Ianya juga akan menjadi senjata atau perisai kepada sekalian umat hingga kemudian hari.

Rasulullah SAW mula bertanya: “Wahai Iblis!Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Dikaulah musuh aku yang paling besar daripada segala seteru ku dimuka bumi ini”.Maka Rasulullah S.A.W merenung wajah Iblis Laknatullah menyebabkan Iblis Laknatullah menggelentar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkan terlalu gerun akan kebesaran Baginda S.A.W.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah!aku mampu menyamar sebagai sesiapa jua termasuk haiwan bersekali dengan suaranya dengan tepat.Aku ditegah Tuhan Azza Wajalla untuk menyamar sebagai dirimu kerana jika aku melakukan yang demikian,nescaya terbakarlah aku menjadi abu.Aku bersungguh-sunguh merentap i’ktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir kerana kau bersungguh-sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepada seluruh manusia supaya berpegang teguh kepada Islam. Begitulah juga kesungguhan aku menarik mereka kepada kafir,murtad dan munafik.Aku tarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Aku berharap mereka akan masuk ke neraka bersama-sama denganku serta kekal didalamnya buat selama-lamanya”.

Rasulullah SAW bertanya: “Hai Iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah S.W.T?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah!Aku goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya aku goda sehingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya.Aku goda segala manusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan makan minum dan berbuat kemungkaran. Sesetengahnya aku lalaikan dengan harta bendanya daripada emas, perak,rumah dan ladang,dan hasilnya dibelanjakan ke atas segala pekerjaan yang haram.Telah banyak kaum lelaki dan perempuan terpesong imannya menerusi tentera Jin,Iblis dan Syaitan yang aku perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran.

Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan,maka aku akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka.Lalu aku hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad-dengki sehingga mereka melakukan perzinaan.Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan,maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri.

Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal-ibadat,aku akan halang mereka sehingga mereka bertangguh dan bertempoh dalam berbuat kebajikan.Aku juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang.Maka telah ramai umat kau telah aku sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan Jin,Syaitan dan Iblis di mana aku menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya.Apabila mereka digoda pada hati,maka mereka akan sentiasa riak dan takbur,ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong.Apabila mereka digoda pada lidah,maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain.Demikianlah aku menghasut mereka semasa siang,malam,pagi dan petang”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan ditimpakan sebesar-besar siksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali?”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis!Siapakah yang menghidupkan engkau?Siapakah yang menjadikan engkau?Siapakah yang melanjutkan usia engkau?Siapakah yang menerangkan mata engkau?Siapakah yang memberikan pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Adalah sekaliannya itu adalah anugerah daripada Allah S.W.T Yang Maha Besar.Tetapi hawa nafsu dan takbur serta khianat telah menyebabkan aku melakukan sebesar-besar kejahatan.Tuan juga sedia maklum bahawa aku pernah menjadi ketua segala Malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan aku telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Aku pun mendiami tempatku dengan beribadat bersama-sama Malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azzawajalla dalam tempoh yang begitu lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT kepadaku sekeliannya mengenai dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka aku membantah kerana tidak suka berkhalifah.

Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki dan dititahkan aku dan sekalian Malaikat memberikan penghormatan kepada Adam kecuali aku seorang enggan bersujud dan aku telah mengingkari hukumNya. Maka aku dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknatiNya aku sehingga hari Kiamat. Wajahku yang selama ini bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Aku sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan. Hasad dengki ku menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka. Akhirnya aku telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla.

Maka kerana perempuan itulah, Adam termakan buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh Allah SWT dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati. Itupun aku masih tidak berpuas hati sehingga aku dapat melakukan pelbagai tipu-daya ke atas sekalian anak-cucunya sehinggalah ke hari Kiamat. Tetapi dikau telah menghalang pekerjaan ku dengan menarik mereka supaya memeluk Islam. Ada pun sebelum dikau diputerakan ke dalam dunia ini, aku bersama-sama bala tenteraku mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga.

Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila aku turun ke dunia, maka aku khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat melalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitab bida’ah dan karut. Tetapi apabila dikau lahir ke dunia ini, maka aku tidak diizikan Allah SWT untuk naik ke langit dan aku tiadalah lagi mendapat apa-apa rahsia umatmu. Ramai Malaikat yang menjaga di pintu tiap-tiap lapisan langit dan jika aku berdegil untuk naik ke langit, nescaya Malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala-nyala. Telah ramai bala tenteraku daripada golongan Jin, Iblis dan Syaitan terkena lontaran Malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Aku dan bala tenteraku amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula dikau dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebat di hadapan sekalian raja-raja dan di khalayak ramai”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?”. Jawab Iblis Laknatullah: “Pertama, aku palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal aku pesongkan, aku akan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuanku”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?”. Jawab Iblis Laknatullah: “Itulah sebesar-besar kesusahan kepadaku. Gementarlah seluruh badanku dan lemahlah tulang sendiku, maka pada waktu itu, aku menyuruh puluhan Syaitan Iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Sesetengah Iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah Iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya, yang sia-sia belaka.

Sesetengahnya Iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Didalam hatinya sering berkehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekalian Iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan aku hukum seberat-beratnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah SWT, maka terbakarlah tubuhku serta putus-putus segala uratku,maka larilah aku dari mereka”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Telah binasalah diriku dan gugurlah tulangku kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadapku kerana apabila masuk malam awal Ramadhan, maka memancarlah Nur Arasy dan Kursi serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besarnya anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa.

Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadhan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umatmu berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap aku dengan perintah Tuha serta ditangkapnya segala bala tenteraku iaitu Jin, Syaitan dan Ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas dan dirantainya kami sekaliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasamu, baharulah aku dilepaskan supaya aku tidak boleh mengganggu mereka. Dan umatmu sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: ” Hai Iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah, adalah sekelian para sahabatmu adalah sebesar-besar seteru kepadaku, kerana tiada upaya aku melawan mereka dan tidak ada satu tipu dayaku dapat memasuki mereka,kerana dikau pernah berkata sekelian para sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk.Ya Nabi Allah,sekelian para sahabatmu sangat taat mengerjakan perintahmu lagi setia serta bersungguh-sungguh menyiar dan menghebahkan syariatmu kepada sekelian manusia menerusi Al-Quran dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah itu semasa sebelum beliau bersamamu pun,aku gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingimu. Baliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran dikau sehingga beliau telah menjadi wazirul ‘azam dan dikau telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia ini,nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar.

Tambahan pula, beliau telah menjadi bapa mertuamu dengan mengahwinkan puterina Sayyidatina Aishah yang sangat hafiz hadis-hadismu.Ada pun sahabatmu,Sayyidina Umar Al-Khatab,aku tidak berani memandang wajahnya kerana beliau sangat tegas dalam menjalankan hukum syariatmu.Jika aku terpandang wajahnya,maka gementarlah segala sendiku kerana tersangat takut kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi dikau pernah bersabda,jikalau ada lagi nabi selepas aku,nescaya Umar boleh menggantikanmu kerana harapan besar dikau keatasnya. Beliau juga mampu membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar Al-Faruk.

Ada pun sahabatmu,Sayyidina Osman Al-Affan itu lebih-lebih lagi tidak dapat aku hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala syuhada’ dan menjadi menantumu sebanyak 2 kali. Kerara ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para Malaikat dengan penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Dikau telah berkata, barangsiapa menulis BismillahirRahmannirRahim pada kitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabatmu, Sayyidina Ali bin Abu Talib, aku sangat takut kepadanya kerana kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila Iblis, Syaitan dan Jin memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta adalah julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam serta enggan menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar Ali Karamullahu Wajhah dan Harimau Allah.Dikau pernah bersabda, akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya. Tambahan pula, beliau telah menjadi menantu dikau, maka terlebihlah ngeri aku kepadanya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Adalah umatmu ada tiga golongan (1) Seperti airu hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahanNya dan kata (Malaikat) Jibril, Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat.

(2) Umatmu itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan bertawakkal kepada Allah SWT dan banyak berbuat kebajikan, dan

(3) Umatmu itu keadaannya seperti Firaun yang terlampau tamak dengan harta dunia (dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka (dengan) sukacitanya aku kepada mereka (umat ke 3) lalu aku masuk ke dalam tubuh mereka, aku putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal atas jalan kejahatan, aku tarik ke mana (sahaj) sesuka hatiku, jadi sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah (golongan) yang miskin (yang) hendak beribadat, aku goda mereka (supaya) meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka (aku) lupakan mereka dari beramal, tidak tahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mereka habis terbenam ke dalam bumi kerana mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada jalan-jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya asyik dengan golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka kepada jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempatjudi dan (majlis) tarian”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapa pula yang saman (tarafnya) seperti engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang-orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada syaitan, nescaya aku lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari”.

(Inilah doanya sebelum sampai ke tandas – “Bismillahi Allahomma Inni A’uudzubikaminal Khubhusi Wal Khobais”, Jika masuk ke tandas, dulukanlah dengan kaki kiri dan jika keluar dahulukan dengan kaki kanan dan apabila jauh empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hati “GhufraanakalhamdullillaaHilladzii Azhaba ‘Annil Azza Wa’afaani” dan apabila selesai bersuci dibacakan doa “AllahHumma Tohhir Qalbii Minnan Nifaqi Wahassinni Farjii Minal Fawaa Hisyi”) Maka jika dibacakan doa-doa tersebut, larilah aku daripadanya.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia membaca “A’uudzubillaa Himinassyaitaanirrajim, Allahumma Jannibnaa Minassyaitaani Wajannibissyaitaan Maa Razaqtana” maka larilah aku daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) akulah yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak (hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibubapanya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak membaca “Bismillahhirrahmaanirrahim” maka akulah yang terlebih dahulu makan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi mereka tidak kenyang”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipu dayamu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Allah SWT kerana dia telah bertaubat. Inilah doanya “Ilaahiilastulil Firdausi Ahlan, Walla Aqwaa ‘Alanaaril Jahiimi, Fahablii TaubatanWaghfir Dzunuubi, Fainnaka Ghaafiruzzanbil ‘Azimmii”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: ” Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu ari-arinya selama 40 hari, maka aku akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga (menjadi) tempatku bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabuatnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah saudaramu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka aku akan mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib, aku (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat”.

(Apabila hendak tidur, bacalah “BismillaahirRahmanNirrahim” sebanyak 21 X)

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang banyak menyebut nama Allah SWT dan banyak memberikan sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat, memperbanyakkan tadarrus Al- Quran serta solat di waktu malam”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah SWT”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis Apa pul yang merantai engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dadaku, maka aku pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan apabila berpisah keduanya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka aku duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, aku hiaskan wajahnya (perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya (perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya (perempuan, aku hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta aku panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau salah satu daripadanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada memelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya dan apabila tidak memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya”.


Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Di manakah kediamanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan). Apabila mereka menyembah (berhala, batu, kayu, tembaga dan sebagainya), maka aku cenderungankan hati mereka supaya bertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembah berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat tuan hamba telah aku pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang menunjukkan betapa nipisnya iman mereka”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis Dimanakah tempat perhimpunanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintaimasjid, apakah yang hendak engkau lakukan?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Aku hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin) dalam keadaan lalai”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Adapun orang yang sedang solat itu amatlah jahil sekali, (maka) mudahlah untuk aku merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila aku menggoda dan cuba merosakkan solatnya, aku takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suara bunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantun, bernazam memuji Tuhan, bernasyid serta bersalawat di atas nabi”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba’ “.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak tidur sehingga matahati tinggi dan meninggalkan solat subuh serta memenuhi perutnya dengan kenyang sekali”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk hamba Allah yang dha’if, malah zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT serta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama denganku”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari hukum Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkan dirinya serta perempuan yang menjual maruahnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika seorang ulama; meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Telah subur dan bertunaslah hasutanku dan pekerjaanku”.

(Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barasiapa yang berdukacita di atas kematian seorang ulama’, maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribu ulama’ dan seribu syuhada’”, Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud “Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama’ atau mereka yang membenci golongan yang mengajar agama, maka diberitahu Allah SWT, 3 jenis bala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama’ dan seumpamanya) (1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezeki) (2) Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja yang zalim, dan (3) Dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia dengan tidak beriman (Na’udzubillahHimin Dzaalik), kita berlindung dengan nama Allah SWT.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika Umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmua?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudayaku telah mereka leraikan”.

(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia akan mendapat 5 perkara (1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran (kemiskinan), (2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah SWT, (3) Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada sebelah kanan (pihak yang selamat), (4) Melalui titian (Siraatal Mustaqim) di atas neraka sepantas kilat, (5) Dimasukkannya Allah SWT ke dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu mendapat 27 darjat – serta solat berjemaah bersama anak dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah).

Rasulullah SAW bertanya lagi: Hai Iblis! Jika umatku bersalawat ke atasku, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Mereka telah membelah mukaku disebabkan ingatan kuat terhadap tuan hamba”.

(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa berselawat ke atasku, maka para Malaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dan dia adalah sebahagian daripada isi syurga”.)

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di Masjid, bagaimanakah keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman: “Hai sekelian Malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan perempuan”. Maka apabila selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT: “Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Rasulullah! Apabila umat tuan hamba pergi (untuk) bersolat Hari Raya, maka aku sangat berdukacita dan kesal. Maka aku pun menjerit sehingga datang sekelian bala tenteraku dan (mereka) bertanya hai raja kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit atau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang di langit dan di bumi. Maka aku menjawab: Hai bala tenteraku! Apa yang menyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad? Dan Tuhan amat mengasihani mereka dengan penuh Rahmat serta diperkenankan segala doa merea dan diampunkan segala kesalahan mereka? Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana ke mari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu dengan mengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itu dan ditimpakan bala’ ke atas mereka kerana dengan demikian, akan membawa kesenangan di dalam hatiku. Maka, berangkatlah sekelian bala tentera Iblis, Syaitan untuk mengganggu umat Muhammad”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Telah bersusah-payah aku menggoda mereka sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka lemahlah aku lalu aku menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai celaka, betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka aku pun berpaling (dan) pergi”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Putuslah harapanku, kerana barangsiapa membaca doa awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakar buku kesalahan hambanya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku kebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuatan dosa berkenaan. Ya Nabi Allah! Telah aku binasakan ramai manusia dengan (menggoda manusia) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis) maksiat, maka aku gembira. Tiba-tiba mereka mengucapkan kalimah Laa Ilaa Ha IllAllah dan istighfar, maka binasalah aku, kerana pada masa aku dibuang ke dunia (dulu), aku mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur Iblis Syaitan, tetapi orang yang azan itu adalah penghalau Iblis Syaitan, kerana para Malaikat akan hadir bersolat bersama-sama dengan mereka”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kufur kepada Iman, daripada gelap gelita kepada terang benderang?!”.

Maka Iblis pun mengangkat kepalanya ke hadhrat Tuhan dan berkata: “Yaa Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, aku jadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan, supaya aku dapat mencelah di dalamnya”.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT: “Hai Mala’un!, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampun kepadaku”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Rasulullah! Bahawasanya aku sangat ajaib (hairan) melihat dua macam hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan Tuhan, walhal mereka itu taatkan aku dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu sangat marah kepada aku, tetapi mereka menurut hasutanku”.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT: “Hai Mala’un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagian: (1) Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan (2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu”.

Maka Iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi Tuhan GhafuuruRahiim Yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambaNya dengan limpah rahmatNya.

Setelah selesai baginda Rasulullah SAW berdialog dengan Iblis Laknatullah, maka baginda SAW pun menghalau Iblis Laknatullah dengan sabdanya: “Wahai Laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini”. Maka Iblis Laknatullah pun keluar dengan perasaan yang amat dukacita.

Maka hairanlah para sahabat RA yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya Iblis laknatullah yang menyelubungi seluruh umat manusia.

Sabda Nabi SAW: “Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa Iblis Laknatullah telah membuat kesalahan atas beberapa sebab: (1) Ia engkar dan membantah perintah Tuhan, (2) Ia takbur dan besar diri (3) Ia berhasad dengki dengan Nabi Adam AS, (4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia)(dari) seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada Qabil dengan tipudaya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam AS”.

Nabi SAW bersabda lagi: “Bahawa pada suatu hari, Iblis mengadap Musa bin Imran AS dan berkata: “Yaa Nabi Allah! Apabila tuan hamba bermunajat kepada Allah SWT di Bukit Tursina, aku hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) aku diterimaNya?”.

Maka sukacitalah nabi Musa AS mendengarkan Iblis Laknatullah yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan Iblis Laknatullah. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah firma Allah SWT: “Wahai Musa, kesalahan Iblis bolehKu ampunkan dengan syarat hendaklah ia (Iblis) bersujud pada kubur nabi Adam”. Maka nabi Musa AS pun menyampaikan firman Allah SWT kepada Iblis Laknatullah. Iblis Laknatullah mengeluh dan berkata: “Wahai Musa! Semasa Adam masih hidup pun aku tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula Adam sudah mati”. Maka Iblis Laknatullah pun beredar.

Sabda Nabi SAW: “Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara: (1) Dengan ilmu para ulama’, (2) Dengan adilnya sekelian raja-raja, (3) Dengan kemurahan (hati) orang-orang kaya, (4) Dengan doa sekelian fakir miskin”.

Maka sekiranya tidak ada ulama’, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia (ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi…

Wallahua'lam


>>>>>>>Syukran kepada Tok Wan atas perkongsian nie<<<<<<<
SETIAP KARYA DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK :: WARKAH SEKEPING HATI